Dalam satu sidang media hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan ditunda perlaksanaannya sehingga bulan Mei tahun ini.
Penundaan ini menurut beliau terpaksa dilakukan berikutan banyak perkara yang harus di gubal seperti Akta Pengangkutan Jalan, Undang-Undang Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain lagi bagi menyelaraskan semua ini sebelum ianya dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Menurut beliau, kesemua ini bukan untuk menghukum para pengguna jalan raya tetapi ianya lebih kepada mendidik pengguna jalan raya untuk lebih berhemah sewaktu berada di jalan raya. Ia juga bertujuan untuk memastikan penurunan berkekalan jumlah kemalangan jalan raya di negara ini.
Sebelum ini, pada pertengahan Februari lalu, Datuk Seri Liow telah mengumumkan akan melaksanakan sistem AWAS ini pada bulan April. Untuk rekod, melalui sistem AWAS ini, pemandu yang mengumpul kesalahan sehingga 60 mata demerit di bawah KEJARA, akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk kemungkinan lesen memandu akan di gantung.
Sebenarnya, ada baiknya perlaksanaan ini kerana sedikit sebanyak, ia akan membantu para pengguna jalan raya untuk lebih berhemah dan lebih berhati-hati di jalan raya. Satu usaha yang baik yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan dibawah urus tadbir Datuk Seri Liow Tiong Lai.
0 comments:
Post a Comment