My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 2 April 2016

    Disebabkan Tudung, Ramai Yang Jadi Gila





    Disaat seluruh perhatian diberikan kepada demo Bantah GST yang jelas gagal hari ini, sekumpulan wanita dilihat begitu berebut-rebut untuk mendapatkan nombor giliran hanya semata-mata mahu menjadi pemilik awal tudung Fareeda yang diberi nama Sweet Love.

    Begitu hebat penangan tudung ini sehingga ada diantara pengunjung berasak-asak sesama sendiri dan ada diantaranya kelihatan hampir lemas akibat diasak sebegitu rupa.

    Hebat benar rakyat Malaysia hari ini. Didalam media sosial, ramai yang mengeluh, harga barang mahal, kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai rungutan lagi. Namun hakikatnya, apabila mendengar jualan murah, ada diantaranya sanggup berasak-asak. Malah ada diantaranya sanggup memanjat pagar hanya kerana mahu mendapatkan sepasang kasut seperti yang berlaku di Shah Alam, tahun lalu.

    Adakah ini menggambarkan, rakyat Malaysia sebenarnya menderita akibat GST dan pelbagai alasan bodoh yang lain? saksikan video ini dan anda akan faham, kenapa rungutan kos sara hidup tinggi dan sebagainya, hanya dipandang sebagai rungutan orang yang malas berusaha yang hanya mahu mendapat hasil tanpa sedikit pun usaha.

    https://www.facebook.com/www.BlueSamurai/videos/1528398930795226/?video_source=pages_finch_main_video

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Disebabkan Tudung, Ramai Yang Jadi Gila Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top