My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 April 2016

    Taksub Kerja Sampai Mati



    Jepun menyaksikan peningkatan mendadak tuntutan pampasan melibatkan fenomena kematian akibat terlalu kuat bekerja atau “karoshi” dalam kalangan pekerja muda dan wanita di negara itu. 

    Permintaan buruh yang mencecah 1.28 pekerjaan untuk setiap pemohon sekali gus tertinggi sejak 1991 sepatutnya membantu Perdana Menteri, Shinzo Abe menarik lebih banyak tenaga kerja bagi mengurangkan impak negatif penyusutan populasi di Jepun.

    Namun, penguatkuasaan undang-undang buruh yang longgar mendorong sebahagian perniagaan bertindak memerah keringat pekerja kadangkala sehingga membawa akibat tragis. Tuntutan pampasan karoshi meningkat kepada rekod tertinggi iaitu 1,456 untuk tahun berakhir pada Mac 2015, menurut data kementerian buruh.

    Kebanyakan tuntutan itu melibatkan sektor penjagaan kesihatan, perkhidmatan sosial, perkapalan dan pembinaan yang mana kesemuanya menghadapi masalah kekurangan pekerja pada tahap kronik. 

    Setiausaha Agung Majlis Peguam bagi mangsa karoshi, Hiroshi Kawahito berkata, jumlah sebenar kes karoshi dipercayai 10 kali ganda lebih tinggi kerana kerajaan enggan mengiktiraf kematian akibat bekerja terlalu kuat. Situasi itu menyebabkan waris atau pasangan mangsa terpaksa memfailkan tuntutan di mahkamah bagi mendapatkan pampasan.

    Kawahito yang mengendalikan kes karoshi sejak tahun 1980-an berkata, 95 peratus tragedi itu melibatkan lelaki pertengahan umur dalam sektor pekerjaan kolar putih, namun kini kira-kira 20 peratus kematian itu kini melibatkan wanita.

    Jepun tidak mempunyai undang-undang yang menetapkan had waktu kerja, namun kementerian buruh mengiktiraf dua jenis karoshi iaitu kematian akibat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung yang dikaitkan dengan terlalu kuat bekerja dan bunuh diri akibat tekanan berkaitan pekerjaan.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taksub Kerja Sampai Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top