My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 6 April 2016

    MRCB Bina Pusat Pemprosesan Sejuk Beku GCH


    MRCB Builders Sdn Bhd, anak syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) menandatangani perjanjian dengan GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd bagi pembinaan pusat pengedaran dan pemprosesan produk sejuk bernilai RM56.8 juta.

    Pengarah Rantau Malaysia dan Brunei Datuk Tim Ashdown berkata, pusat diwujudkan bagi mengendalikan produk sejuk beku yang memerlukan ruang penyimpanan bersesuaian.

    “Pusat ini mengendalikan produk makanan segar seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk tenusu yang memerlukan ruang penyimpanan pada suhu tertentu.

    “Ia berbeza dengan pusat pengedaran terletak di Sepang di mana ia lebih mengutamakan produk kering dan sudah dalam bungkusan,” katanya.

    Menurutnya, pusat itu terletak di Kajang, Selangor akan mula dibina pada Julai ini dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

    “MRCB akan bertanggungjawab dalam aktiviti pembinaan dan ia dijadualkan beroperasi pada Ogos 2017,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara MRCB dengan GHC Retail melalui Jupiter Lagoon Sdn Bhd, di sini, semalam. Selain Giant, pusat pengedaran berkenaan juga turut memproses produk untuk Mercato, Cold Storage dan Jasons Food Hall.

    MRCB sudah menjalin kerjasama dengan GCH Retail sejak 10 tahun lalu dengan projek utama yang dibangunkan adalah pusat pengedaran di Sepang bernilai RM125 juta pada 2009 dan sambungan pusat pengedaran berkenaan pada tahun lalu bernilai RM30 juta.

    MRCB juga bertanggungjawab membina 12 cawangan Giant di seluruh negara bernilai lebih RM500 juta dengan yang terbaru di Setapak dan dijangka beroperasi bulan ini. Menurutnya pihaknya dijangka membuka tiga lagi cawangan Giant iaitu di Terengganu, Kelantan dan Sabah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MRCB Bina Pusat Pemprosesan Sejuk Beku GCH Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top