My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 April 2016

    Yuktes Vijay Cabar Syed Saddiq Berdebat



    Kehadiran Syed Saddiq yang dilihat begitu lantang mempertikai banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan nyata telah menarik perhatian ramai pihak. Dengan menggunakan alasan, beliau adalah juara debat Asia, nyata ianya telah menarik perhatian salah seorang aktivis politik negara, Yuktes Vijay.

    Menurut satu sumber, Yuktes dikatakan telah mencabar Syed Saddiq untuk berdebat dengannya. Perdebatan ini dikatakan akan membicarakan tentang suasana politik negara yang mana perkara ini begitu hebat dipertikaikan oleh Syed Sadiiq dimana-mana medium.

    Menurut sumber ini lagi, Yuktes tidak mengambil pusing dimana sahaja debat berkenaan ingin dilangsungkan oleh Syed Saddiq, samada secara tertutup mahupun terbuka. Malah dikatakan, pihak media juga bakal dijemput untuk menjadi saksi perdebatan berkenaan.

    Namun, tidak dapat dipastikan, bila perdebatan berkenaan akan berlangsung. Namun apa yang pasti, Yuktes akan mengemukakan fakta beliau dalam memastikan setiap perkara yang menjadi pertikaian Syed Saddiq akan dijawab secara terus oleh beliau sewaktu perdebatan berkenaan.


    Pastinya, perkembangan ini cukup menarik untuk disaksikan kerana baik Yuktes mahupun Syed Saddiq, mereka pastinya akan mengemukan pendapat masing-masing untuk dinilai oleh para hadirin, andai majlis debat berkenaan benar-benar terjadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Yuktes Vijay Cabar Syed Saddiq Berdebat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top