Sewaktu Datuk Seri Liow Tiong Lai diangkat untuk menjadi
Menteri Pengangkutan, ujian pertama yang terpaksa beliau hadapi adalah insiden
dimana MH17 ditembak jatuh di Donestk, Ukraine yang mengobankan 298 penumpang,
majoritinya warga Belanda.
Bermula dari sinilah, kemampuan beliau teruji walaupun
beliau baru sahaja memegang tampuk kuasa kementerian berkenaan. Tidak
ketinggalan, asakan yang diterima dari semua sudut yang menuntut beliau
menyelesaikan misteri kehilangan MH370 yang sudah memasuki tahun kedua
kehilangannya.
Lihat sahaj ketegasan beliau dalam menangani krisis yang
melanda Riyani Air yang sedikit sebanyak mencabar ketegasan beliau dalam
memastikan pengangkuta udara di negara ini sentiasa dalam keadaan terbaik dan
diyakini oleh semua pihak.
Beliau tidak teragak-agak untuk menggantung operasi Riyani
Air dan turut tidak teragak-agak untuk menarik semula lesen penerbangan Riyani
Air andai kemelut yang melanda syarikat penerbangan tambang murah berkenaan
tidak diatasi dengan lebih sempurna.
Malah, beliau antara individu yang mendesak agar system
kawalan lalu lintas yang dijangka akan di lancarkan pada Mei ini dipercepatkan
dan diperhalusi kewajarannya. Ini adalah bentuk komitmen seorang yang telah
diamanahkan dalam memastikan kelancaran dan keselamatan pengankutan awam negara
berada dalam keadaan sempurna.
Usah begitu mudah melakukan andaian andai tidak memahami
langkah dan kemampuan seseorang dalam melaksanakan perancangannya. Walaupun
pada awalnya Datuk Seri Liow Tiong Lai dianggap terlalu lembut menangani
sebarang krisis, hari ini, beliau sudah mampu untuk menangani sebarang
permasalahan walaupun ada ketikanya, ia menuntut keputusan yang tegas.
0 comments:
Post a Comment