My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 April 2016

    Tidak Akan Ada Kemaafan Dari Keluarga Anwar Untuk Mahathir



    Permusuhan antara dua buah keluarga elit di negara ini, keluarga Tun Dr Mahathir dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan lagi satu rahsia. Kedua-dua keluarga ini sudah bermusuhan sejak dari tahun 1997 apabila Tun Dr Mahathir menggugurkan Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tanpa memberikan alasan penggugurannya pada waktu itu.

    Sejak dari situlah, permusuhan antara dua keluarga ini semakin membesar sehingga ada ketikanya, baik Datin Seri Wan Azizah mahupun Nurul Izzah menempelak Tun M sebagai seorang yang kemaruk kuasa dan maha zalim. Itu semua cerita lama dan terkini, dipenghujung usia Tun M, beliau dilihat mahu menjernihkan hubungan keluarga beliau dengan keluarga Anwar.

    Persoalannya, adakah Datin Seri Wan Azizah begitu mudah untuk memaafkan Tun M diatas semua tindak tanduk beliau semasa berkuasa?
     
    Dari apa yang diperhatikan sejak Tun M mengubah haluan politiknya, Wan Azizah tidak dilihat bersama-sama Tun M dalam tiga acara besar. Kelibat Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak dilihat semasa majlis menandatangani Deklarasi Rakyat yang diadakan di Dewan Alumni, Universiti Malaya bulan lalu.

    Walaupun dikhabarkan, beliau turut menandatangani Deklarasi berkenaan, namun kelibat beliau tidak kelihatan dalam majlis berkenaan. Kali kedua, beliau dilihat enggan hadir semasa perhimpunan Pentas Selamatkan Malaysia di Padang MPAJ, Isnin lalu. Baik kelibat Wan Azizah mahupun Nurul Izzah, kedua-dua mereka seperti enggan hadir di pentas yang sama dengan Tun M.

    Kali terakhir, Wan Azizah dan Nurul Izzah dilihat pulang awal dari perhimpunan Bantah GST sebelum kehadiran Tun M di Dataran Merdeka. Jelas disini menampakkan, keluarga ANwar masih enggan berlembut dan memaafkan Tun M walaupun Tun M dilihat begitu bersungguh-sungguh membuktikan beliau kini adalah wakil pembangkang di Malaysia.

    Ini ditambah lagi dengan ketaksuban para penyokong pembangkang sendiri yang melihat Tun M seperti penyelamat mereka dalam usaha mereka menumbangkan kerajaan. Ini menambah lagi kemarahan keluarga Anwar yang dilihat semakin disisihkan oleh penyokong mereka sendiri disaat Tun M semakin melebarkan sayapnya didalam pembangkang.

    Untuk melihat mereka bergabung dalam Pakatan Harapan, adalah sesuatu yang amat mustahil buat masa ini. Namun, politik sentiasa amat sukar dijangka. Pelbagai perkara mungkin berlaku andai Tun M masih bernyawa dan bertenaga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tidak Akan Ada Kemaafan Dari Keluarga Anwar Untuk Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top