My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 April 2016

    Enam Ahli Gengster 04 Ditahan


    Polis menahan enam lelaki disyaki ahli kumpulan Gengster 04 dalam serbuan Ops Cantas Khas Silver berhampiran pangsapuri Waller Court di sini awal pagi semalam. 

    Dalam operasi selama lapan jam sehingga pukul 7 pagi itu, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun berjaya diberkas selepas polis menahan sebuah kereta Honda Accord dan sebuah motosikal. 

    Difahamkan, kumpulan itu dalam rancangan untuk melakukan pergaduhan dipercayai dengan kumpulan lain, namun motif masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, ketika ditahan, lima daripada suspek berada di dalam kereta manakala seorang lagi menunggang motosikal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Ahli Gengster 04 Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top