Bulan lalu, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN),
Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid telah merasmikan Program
Latihan Khidmat Negara 2.0 (PLKN2.0) di MITC Melaka. Program ini adalah
kesinambungan dari PLKN peringkat pertama yang ditangguhkan pada tahun 2014
bagi menilai semula keberkesanan program ini.
Disebalik semua ini, masih terdapat pihak pembangkang yang
cuba mempolitik dan mengandaikan terdapat ketirisan yang berlaku sepanjang
penangguhan PLKN ini. Andaian mereka
kononnya, sebanyak RM 408 juta masih tetap digunakan oleh MLKN pada tahun lalu,
walaupun program PLKN telah ditangguhkan untuk setahun.
Tuduhan tidak berasas ini di lemparkan oleh Ahli Parlimen
DAP Serdang, Ong Kian Ming di Parlimen baru-baru ini dengan hanya berpandukan
jawapan bertulis kepada soalan beliau yang ingin tahu jumlah sebenar
perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang perlaksanaan PLKN ini
dari tahun 2004.
Lebih malang lagi, sebuah fan pages pro pembangkang, Suara Rakyat, turut
bertindak menyebarkan tuduhan Kian Ming ini bagi menggambarkan terdapat
penyelewengan berlaku sepanjang penangguhan PLKN ini. Ini jelas satu tudahan
yang tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh
pembangkang.
Hakikat sebenarnya, sebanyak RM 7.5 bilion telah
dibelanjakan oleh kerajaan untuk melaksanakan PLKN sejak dari tahun 2004.
Jumlah ini adalah untuk proses perlaksanaan, pengiklanan, kos program dan
tenaga kerja serta penginapan para peserta. Malah dalam jawapan berkenaan,
Pengerusi MLKN, Datuk Noor Ehsanuddin turut memperincikan jumlah perbelanjaan
sebenar mengikut tahun.
Untuk tahun 2015, peruntukan asal yang sepatutnya diserahkan
kepada PLKN adalah berjumlah RM 697.8 juta. Daripada jumlah itu, sebanyak RM
408.34 juta dibelanjakan untuk kos tetap yang perlu dibelanjakan untuk komitmen
dan kontrak yang telah dibuat sebelum pengumuman penangguhan berkenaan.
Jumlah ini mengambil kira aspek kos latihan kumpulan 1 sesi
2015, perlaksanaan makmal transformasi PLKN, perlaksanaan Projek Rintis dan
pembayaran gaji kakitangan tetap dan kontrak termasuk jurulatih di kem PLKN
sepanjang tempoh penangguhan.
Hakikat sebenar yang tidak disebut oleh Kian Ming adalah,
PLKN menerusi MLKN telah Berjaya membuat penjimatan sebanyak RM 289.5 juta
dengan tidak meneruskan pengambilan untuk dua kumpulan PLKN pada tahun 2015 dan
penjimatan berkenaan telah digunakan untuk program lain yang memberi faedah
untuk kesejahteraan rakyat.
Nyata sekali, tuduhan dan andaian yang dibuat oleh Kian Meng
dan Suara Rakyat ini adalah berniat jahat yang hanya bertujuan untuk
mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang langsung tidak mengambil kira
kenyataan sebenar mengenai penjimatan ini. Untuk ini, pihak PLKN menuntut Kian
Ming dan Suara Rakyat membetulkan semula kenyataan mereka berdasarkan maklumat
yang telah diberikan.
0 comments:
Post a Comment