Siapa yang tidak mengenali anak kepada Lim Kit Siang, pengasas DAP dan kini Penasihat Agung DAP, Lim Guan Eng. Anak kelahiran Melaka ini banyak menghabiskan masa dan karier politiknya di Pulau Pinang, jauh daripada tanah kelahirannya sendiri.
Pada 11 Ogos 2008, Guan Eng akhirnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang setelah Pakatan Rakyat yang diilhamkan oleh ayahnya berjaya menumbangkan MCA dan Gerakan di Pulau Pinang. Maka bermulalah era pentadbiran ala-ala mafia di Pulau Pinang.
Menariknya, dalam Pakatan Rakyat pada waktu berkenaan, PAS juga turut menganggotai pakatan pembangkang ini. Pada ketika itu, ramai yang mempertikaikan, bagaimana PAS sanggup meletakkan aspirasi mereka yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya dengan menjalinkan kerjasama dengan DAP.
Malah, setahun sebelum itu, Guan Eng bersama ayahnya dan juga Karpal Singh secara terang-terangan menolak sebarang rancangan untuk mengubah Malaysia menjadi negara Islam dan hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Ketika diasak wartawan berhubung kerjasama ini, Mursyidur Am PAS pada ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, PAS akan bertarbiahkan DAP secara perlahan-lahan dan beliau yakin DAP akhirnya akan menerima aspirasi PAS ini.
Tidak cukup dengan itu, Allahyarham juga "mengangkat" martabat Guan Eng dengan menyatakan, Lim Guan Eng dilihat PAS tidak ubah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang sentiasa menyokong dan meneguhkan syiar Islam di bumi Pulau Pinang. Guan Eng dan DAP pada ketika itu juga dilihat adalah sekutu rapat PAS walaupun berbeza fahaman politik.
Kini, setelah dua tahun pemergian Allahyarham, belang sebenar manusia yang pernah digelar Khalifah Umar Abdul Aziz ini akhirnya terdedah. Satu persatu skandal penyelewengan kuasa yang dia lakukan di Pulau Pinang terbuka dengan sendirinya. Malah, individu yang pernah diagungkan oleh PAS ini juga bertindak menghalang azan dikumandangkan di Pulau Pinang walaupun arahan berkenaan ditarik balik, 6 bulan kemudian.
Tidak cukup dengan itu, dia jauh lebih zalim apabila bertindak mengusir penduduk Melayu di Georgetown, Pulau Pinang apabila merobohkan hampir 28 buah perkampungan Melayu disana. Adakah Guan Eng layak digelar Khalifah Umar Abdul Aziz? Inikah sikap sebenar seorang Khalifah seperti yang pernah dilabelkan oleh PAS sebelum ini?
0 comments:
Post a Comment