My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 3 April 2016

    McDonald's Sentiasa Menawarkan Peluang Kerjaya



    Dewasa ini, peluang untuk mendapatkan pekerjaan dikatakan agak sukar walaupun hari ini, kebanyakan golongan belia di negara ini mendapat pendidikan tahap terbaik. Ini ditambah pula dengan sikap cerewet anak muda pada zaman ini yang hanya mementingkan kerjaya di pejabat yang berhawa dingin dan gaji yang cukup lumayan.

    Kadang kala, permintaan mereka ini tidak setimpal dengan kelulusan yang mereka ada. Ini menjadikan, banyak pekerjaan di sektor penyediaan makanan banyak diisi oleh pendatang asing dimana mereka jelas tidak banyak merungut tentang gaji dan sebagainya.

    Dalam hal ini, rangkaian restoran makanan segera seperti McDonald's, sentiasa mengutamakan pengambilan tenaga pekerja tempatan. Tidak kira dimana sekalipun lokasi restoran ini, keutamaan sentiasa diberikan kepada tenaga tempatan sebelum ianya diperluas kepada pendatang asing bagi mengisi kekosongan yang sedia ada.

    Dalam hal ini, kita harus melihat konteks yang lebih luas. McDonald's sebenarnya mahu melahirkan ramai tenaga profesional dalam pekerjaan penyediaan makanan. Malah, ada diantara pekerja di rangkaian restoran McDonald's sudah dilantik sebagai pengurus cawangan restoran McDonald's Malaysia.

    Menurut salah seorang pengurus restoran McDonald's di Kuala Lumpur, Sufian Jamali memberitahu, beliau bermula dari pekerja penyediaan makanan sahaja sewaktu memulakan karier beliau di McDonald's. Menurut beliau, peluang untuk dinaikkan pangkat dikatakan agak mudah dengan syarat, komitmen semasa bekerja dan mengurangkan rungutan yang tidak berfaedah akan memudahkan karier seseorang itu berkembang.

    Oleh kerana itu, beliau lebih senang untuk terus bekerja di McDonald's walau apapun aral yang datang. Beliau juga turut menafikan, semua hasil yang diperolehi menerusi semua rangkaian restoran McDonald's disumbangkan kepada pihak Israel seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

    Dalam perkembangan yang sama McDonald's Malaysia sentiasa membuka peluang untuk anak tempatan menjadi pemilik francais makanan ini dengan segala kursus dan bantuan sentiasa disediakan oleh McDonald's. Sebagai contoh, lihat sahaja hasil usaha seorang anak Melayu di Dungun, Terengganu.

    Syed Hussain Tuan Embong adalah antara anak Melayu yang berjaya dalam usahanya menjadi pemilik francais restoran McDonald's di Terengganu. Bermula dari sekadar minat, langkah beliau sentiasa di bantu oleh McDonald's Malaysia sehingga beliau di hantar ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus lanjutan disana.

    Inilah bukti komitmen yang ditunjukkan oleh McDonald's dalam membantu anak tempatan berjaya didalam McDonald's. Ini sekaligus mengikis persepsi ramai yang mengatakan kononnya, McDonald's langsung tidak membantu anak muda di negara ini memulakan kerjaya dan menyekat perkembangan kerjaya anak Melayu untuk berjaya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: McDonald's Sentiasa Menawarkan Peluang Kerjaya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top