My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 April 2016

    Caballero Bersiap Sedia Hadapi PSG


    Penjaga gol kedua Manchester City, Willy Caballero berharap rakan sepasukannya, Joe Hart cepat pulih daripada kecederaan supaya dapat kembali beraksi menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi saingan Liga-Juara-Juara yang dijadualkan awal pagi esok. 

    Sebelum ini, Hart selaku penjaga gol utama City terpaksa disisihkan daripada skuad kerana mengalami kecederaan pangkal paha ketika The Citizens tewas 0-1 kepada Manchester United. Posisi ditinggalkan Hart kemudian digantikan Caballero yang berjaya menyelamatkan gawang sebanyak tiga kali ketika babak penentuan penalti pada perlawanan final Piala Capital One.

    Pujian juga wajar diberikan kepada Caballero kerana sekali lagi beraksi cemerlang ketika City membelasah Bournemouth 4-0 pada saingan Liga Perdana England baru-baru ini.

    Bagaimanapun, posisi penjaga gol The Citizens menjelang aksi menentang PSG masih belum ditentukan kerana pengurus pasukan, Manuel Pellegrini sedang menunggu perkembangan berhubung keadaan Hart ketika ini.

    “Saya belum berbincang dengan Pellegrini mengenai pelawanan di Paris kerana kami belum mengetahui tahap perkembangan Hart.

    “Saya harap diberi peluang bermain di Paris. Ia bukan tugas yang mudah kerana PSG adalah sebuah pasukan hebat, kami harus bersiap sedia,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Caballero Bersiap Sedia Hadapi PSG Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top