My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 4 April 2016

    Peminat Token Ranbu Berkumpul


    Satu permainan video, Token Ranbu berasal dari negara matahari terbit kian mendapat perhatian peminat permainan video tempatan. Ini mendorong sebahagian komuniti permainan berkenaan teruja menganjurkan program Sword Summit dalam menghimpunkan semua peminatnya di Ruang Subang Jaya baru-baru ini. 

    Menyaksikan keghairahan peminatnya apabila sebahagian besar mereka tidak malu mengenakan kostum menampilkan karakter dalam permainan berkenaan mengusik perasaan ingin tahu apakah tarikan utama dalam perhimpunan itu.

    Lagenda pedang memang wujud!

    Selaku penganjur Tan Pei Yin bekata, penganjuran perhimpunan berkenaan yang julung kali diadakan tidak menghampakan apabila lebih 300 peminat hadir. “Kami lebih kepada komuniti kecil yang menganjurkan Sword Summit bagi tujuan mengumpul peminat permainan Token Ranbu dari Jepun.

    “Permainan ini sebenarnya mengenai legenda perang tersohor dari negara berkenaan dan mengikut cerita, pedang diberi jiwa serta karakter ini benar-benar wujud. Justeru dalam program sehari selain pempamer, kami turut menyediakan slot permainan .

    “Bahkan buat peminat seni fotografi pula mereka boleh ‘bermain’ dengan lensa menangkap karakter cosplay mewakili watak dalam permainan berkenaan sepanjang festival mini berlangsung,” katanya.

    Mengenai latar belakang pemainnya, temanya karakter pedang di samping menampilkan ciri lasak, ia masih berupaya meraih perhatian pemain perempuan. “Apabila disebut permainan ini mewakili sejarah mahupun legenda pedang dari Jepun, tentu saja anggapan kita pemainnya ialah lelaki.

    “Namun pereka permainan terbabit menyuntik elemen dramatik menerusi karakter pedang mewakili watak dalam permainan berkenaan yang ternyata menarik minat perempuan.

    “Kalau dilihat ramai gadis seawal usia 15 tahun hinggalah menjangkau awal 40-an masih bermain permainan ini. Dalam karnival ini juga, mereka sanggup membeli cenderahati bermotifkan permainan itu dan memberi sokongan kepada pelukis ilustrasi program ini,” katanya.

    Aktif sejak di bangku sekolah

    Bagi pelukis Ilustrasi Siti Hajar Ali, 23, dia teruja bertemu peminat permainan berkenaan dalam aktiviti berkenaan. Katanya, dengan perhimpunan sebegini, dia berpeluang mendekati peminat yang berkongsi hobi sama selain mencari rangkaian dilihat penting selaku bekas pelajar dalam jurusan seni halus.

    “Sebenarnya saya menyertai aktiviti melukis mahupun membuat aksesori berkaitan kartun mahupun karakter permainan sejak tingkatan tiga lagi. Seronoknya apabila kita jumpa pengunjung mempunyai minat sama.

    “Lebih menyeronokkan ia membantu menjana pendapatan sampingan menerusi hobi berkenaan. Bukan karakter animasi Jepun saja saya layan, komik mahupun kartun tempatan seperti Ujang mahupun Apo juga saya layan. Ini memberi inspirasi apabila saya menghasilkan komik sendiri,” katanya.

    Daripada minat jana pendapatan

    Sementara itu bagi Michelle Koay Xue Yan, 19, ini ialah penyertaan kali kedua selepas menyertai festival konsep hampir sama iaitu festival Comic Fiesta 2015 tahun lalu.

    “Selain hadir sebagai peminat, saya cuba tampilkan kreativiti menerusi kerja seni pada cenderahati yang saya ketengahkan kepada peminat Token Ranbu. Ini ialah interpretasi minat saya yang mendalam terhadap permainan ini. Saya sudah main sejak setahun lalu.

    “Boleh saya katakan minat mendalam ini banyak mendorong saya belajar sendiri mengenai karakter berdasarkan pemerhatian menerusi YouTube atau melihat pada rujukan hasil ilustrasi yang boleh ditemui dalam Google,”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peminat Token Ranbu Berkumpul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top