My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 May 2017

    9 PATI Tak Sempat Masuk Sabah


    Cubaan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk tiga sekeluarga menyeludup masuk ke daerah ini gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pantai Batu 6, di sini, malam tadi. 

    Semua PATI iaitu enam wanita dan tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak itu ditahan dalam operasi oleh sepasukan anggota PPM kira-kira jam 8.30 malam tadi. Pemangku Komander PPM Wilayah 4, Superintendan Norzaid Mohammad Said, berkata operasi dilakukan susulan Unit Risikan PPM Tawau mengesan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

    "Ketika dihampiri anggota PPM, bot terbabit didapati terdampar di tepi pantai Batu 6 dengan sembilan penumpang warga Indonesia berada di dalamnya, manakala juragan bot laju dipercayai sempat melarikan diri.

    "Hasil pemeriksaan, sembilan PATI berusia lima hingga 70 tahun menaiki bot laju berkenaan dari arah Sungai Nyamok di Indonesia menuju ke Sungai Kinabutan di sini," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

    Norzaid berkata, bot laju bersama enjin sangkut dianggar bernilai kira-kira RM80,000 dirampas, manakala semua PATI terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/ 63.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 9 PATI Tak Sempat Masuk Sabah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top