My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 May 2017

    Banjir Landa Taman Tunku



    Hujan lebat lebih dua jam malam tadi, menyebabkan kawasan perumahan Taman Tunku di bandar raya ini dilanda banjir. 

    Tiga keluarga dari Jalan Sibu di kawasan perumahan itu terpaksa dipindahkan kira-kira jam 11 malam selepas banjir yang dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem saliran berfungsi dengan baik.

    Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong, berkata, lori dan kenderaan pacuan empat roda (4WD) digunakan untuk memindahkan barangan milik keluarga itu ke kawasan selamat.

    "Ketika pemantauan banjir dilakukan, dua kenderaan Perodua Alza dan Proton Iswara dikesan terperangkap dalam banjir. "Anggota bomba segera membantu mengalihkan kenderaan berkenaan ke tempat selamat," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Banjir Landa Taman Tunku Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top