• PANAS

    Thursday, 4 May 2017

    Polis Cari Dua Individu Bantu Siasat Kes Bunuh



    Polis telah mengenal pasti seorang lagi suspek dan penyebar video berhubung kes pukul yang menyebabkan seorang lelaki kurang simuan mati dalam kejadian di Taman KSM, Sungai Ruan di sini 29 April lalu. 

    Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian pada pukul 7.50 malam itu menyebabkan Chin Yook Sin, 45, mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raub keesokan harinya.

    “Kita telah tahan suspek utama berusia 55 tahun dan soal siasat mendapati, mang­sa dikatakan sering mengganggu dan memaki hamun keluarganya setiap kali lalu di depan rumah suspek.

    “Pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah menyerang dua suspek itu dengan besi sebelum mereka merampas senjata tersebut dan memukul mangsa untuk mempertahankan diri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Cari Dua Individu Bantu Siasat Kes Bunuh Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top