My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 May 2017

    Hajat Rafizi Hanyalah Untuk Saksikan Kemusnahan Malaysia!


    Apabila membicarakan tentang sikap dan cara politik pihak pembangkang, sukar untuk kita fahami, apa sebenarnya yang mereka mahukan terhadap Malaysia. Mungkin kita boleh faham bahawa mereka ingin menyemai kebencian terhadap kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib, namun apabila melihat cara mereka cuba merosakkan ekonomi negara, ianya jelas satu tindakan yang amat melampau.

    Salah seorang ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli antara individu yang cukup kerap sengaja menyebarkan pelbagai dakyah negatif terhadap kerajaan. Selain daripada cukup gemar menyebarkan fitnah, Rafizi juga kerap membandingkan ekonomi dan cara subsidi negara dengan negara-negara seperti Venezuela, Greece dan Argentina.

    Dakwa Rafizi, ketiga-tiga negara berkenaan wajar dijadikan contoh buat kerajaan dalam melaksanakan subsidi terhadap rakyat. Dia juga dilihat kerap mendesak para penyokongnya dan rakyat Malaysia untuk menuntut kerajaan melaksanakan sistem subsidi seperti negara-negara berkenaan.

    Persoalannya, tahukah Rafizi bahawa dua daripada 3 negara berkenaan sudah disahkan sebagai muflis akibat terlalu murah memberi subsidi yang langsung tidak terkawal? Adakah Rafizi sebenarnya mahu melihat Malaysia mengalami kemusnahan dari sudut ekonomi seperti apa yang berlaku terhadap Venezuela dan Greece?

    Venezuela dikenali sebagai salah sebuah negara yang mempunyai simpanan dan pengeluar minyak terbesar di dunia. Melihat kepada status ini, tidak hairanlah kerajaan Venezuela bermurah hari menjual harga minyak petrol dan dieselnya pada harga kurang daripada RM 1.

    Tindakan ini sebenarnya dikritik oleh Bank Dunia kerana Bank Dunia merasakan, Venezuela bakal terjerumus kearah kejatuhan mendadak ekonominya. Telahan ini menjadi kenyataan dua tahun lalu apabila Venezuela langsung tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awamnya. Malah, pertumbuhan ekonominya menjadi negatif dengan kerajaan hilang upaya urus tadbir.

    Lebih memburukkan keadaan, rakyat Venezuela yang satu ketika dahulu di anggap kaya di Benua Amerika Selatan, kini terpaksa menagih sebuku roti sehari daripada kerajaan, impak daripada subsidi yang tidak terurus. Malah, hospital di negara berkenaan juga langsung tidak mempunyai bekalan ubat-ubatan. Adakah Rafizi mahu Malaysia menjadi seperti ini?

    Greece pula, negara Yunani ini satu ketika dahulu merupakan negara yang kaya dan cukup aman. Namun, impak daripada kegagalan kerajaannya menguruskan subsidi dan kewangan menjadikan negara berkenaan muflis sama sekali. Sehinggakan, pesara di negara berkenaan terpaksa menunggu di mesin ATM selama berminggu-minggu dengan harapan wang pencen mereka di masukkan.

    Inikah negara yang ingin dijadikan contoh buat Rafizi dan pihak pembangkang yang lain? Bagi pihak kerajaan, kegagalan negara-negara berkenaan wajar dijadikan contoh supaya setiap keputusan kerajaan tidak menjerumuskan negara kedalam kemusnahan ekonomi. Namun buat pembangkang, apa sahaja dibolehkan walaupun hakikatnya, mereka memang mahu membawa Malaysia kearah kemusnahan!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hajat Rafizi Hanyalah Untuk Saksikan Kemusnahan Malaysia! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top