Ini kerana, melalui satu nama calon Perdana Menteri, sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan kelak, hala tuju Pakatan Harapan dapat diselaraskan. Malah, corak politik dan kepimpinan gabungan ini akan dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat bagi menilai sejauh mana mereka akan memimpin pada masa akan datang. Namun begitu, perkara ini gagal dilakukan oleh Pakatan Harapan.
Agak menarik untuk diperkatakan apabila Lim Kit Siang secara terbuka menolak namanya untuk dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri. Dia lebih selesa apabila mengaitkan namanya sebagai Timbalan Perdana Menteri, satu jawatan yang langsung tidak termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pelik bukan? Apa helah Lim Kit Siang dalam hal ini?
Mungkin sejarah boleh menceritakan apa sebenarnya yang dimahukan Kit Siang andai Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini mampu membentuk kerajaan kelak. Umum sedia maklum bahawa DAP adalah sebuah parti serpihan dari PAP yang membentuk kerajaan di Singapura.
Sebelum PAP yang dipimpin oleh mediang Lee Kuan Yew mengkhianati Gagasan Malaysia, antara pesanan yang dibuat oleh Kuan Yew adalah memastikan DAP berjaya menundukkan UMNO dan Barisan Nasional sebelum boleh membawa negara ini bergabung dengan Singapura semula. Dalam erti kata lain, DAP harus membentuk sebuah kerajaan terlebih dahulu sebelum memikirkan bergabung semula dengan Singapura.
Namun begitu, setelah beberapa Pilihan Raya Umum berlangsung, hasrat Lim Kit Siang tidak pernah mampu direalisasikan. Sebaliknya, UMNO dan Barisan Nasional masih mampu mengekalkan penguasaannya walaupun hari ini penguasaannya semakin mengecil. Oleh yang demikian, Kit Siang menganggap, Pilihan Raya Umum ke 14 ini adalah peluang terbaiknya membentuk kerajaan.
Semuanya dilakukan dengan 4 cara utama iaitu, membawa seberapa banyak parti politik berteraskan bumiputera bergabung dengannya untuk memancing undi, mewujudkan saling tidak percaya antara kaum Melayu, Cina dan India, melagakan kepimpinan Melayu untuk memecahkan undi kaum Melayu dan melakukan pelbagai provokasi untuk memburukkan kerajaan.
Andai semua ini berjaya, maka dengan mudah DAP membentuk kerajaan dengan beberapa parti politik yang selama ini dilihat seperti hamba kepada DAP. Mengenai jawatan Perdana Menteri yang dilihat kosong, menurut beberapa pemerhati politik, ianya memang sengaja dikosongkan untuk seseorang yang selama ini menjadi parti induk buat DAP iaitu PAP.
Mungkin juga penggabungan Malaysia dan Singapura di bawah kerajaan yang diketuai DAP akan membolehkan seseorang dari Singapura dilantik sebagai Perdana Menteri. Ini bukan perkara mustahil kerana andai kata DAP mempunyai kerusi majoriti, adalah haknya untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.
Mungkin selama ini kita selalu disuapkan dengan kemungkinan Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Mukhriz mahupun Tan Sri Muhyiddin yang bakal menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Namun, pandangan seorang pemerhati politik ini mungkin ada benarnya. Jangan harap untuk melihat seorang orang Melayu untuk menjadi Perdana Menteri andai DAP berjaya menguasai kerajaan.
DAP mempunyai perancangannya yang tersendiri. Usah lupa tentang penguasaan Lim Kit Siang di dalam DAP yang sudah menjangkau usia 51 tahun. Jika dia tidak mempunyai tujuannya yang tersendiri atau memegang amanat yang masih belum kesampaian, mana mungkin pada usia 76 tahun, dia masih mahu memimpin DAP dan menjadi pemimpin utama Pakatan Harapan?
0 comments:
Post a Comment