Kebimbangan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sungai Krian di sini berakhir selepas dua ekor buaya tembaga yang kerap mengancam keselamatan mereka berjaya ditangkap pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) kelmarin dan semalam.
Jurucakap Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua ekor buaya masing-masing jantan dan betina itu ditangkap pada hari berbeza selepas termakan umpan ayam serta daging yang dipasang di sungai itu.
“Pasukan SWAT memasang 13 umpan melibatkan kawasan sepanjang lima kilometer di sungai itu. Buaya betina ditangkap pada pukul 9.30 pagi kelmarin manakala buaya jantan pula ditangkap pada pukul 8.30 pagi semalam kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir serangan buaya di sungai itu penghujung bulan lalu,” katanya dalam kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment