My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 8 May 2017

    Dasar Kabotaj Dihapus 1 Jun Depan



    Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak semalam mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Jun depan. 

    Najib berkata dengan pengecualian dasar kabotaj itu, Sabah, Sarawak dan Labuan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

    “Orang Sabah kata, jangan lagi pakai dasar kabotaj di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Saya nak beritahu bahawa atas saranan kerajaan negeri Sabah dan Barisan Nasional Sabah, maka mulai 1 Jun 2017 ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan pengecualian dasar kabotaj bagi perkhidmatan yang menjalankan aktiviti kargo.

    “Maknanya (pengecualian ini adalah) dari mana-mana pelabuhan di Semenanjung Malaysia ke mana-mana pelabuhan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan sebaliknya, di antara pelabuhan dalam negeri Sabah dan pelabuhan negeri Sarawak.

    “Bagaimanapun, ini tidak terpakai kepada kapal-kapal yang beroperasi di antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dasar Kabotaj Dihapus 1 Jun Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top