My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 8 May 2017

    Dirompak Ketika Menjamu Selera



    Kira-kira 15 hingga 20 pelanggan yang leka menjamu selera di sebuah restoran di Taman Melawati di sini malam kelmarin tergamam apabila mereka dirompak empat penjenayah bersenjatakan parang ketika sedang makan. 

    Kejadian pada pukul 9 malam itu menjadi viral apabila rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu tular di laman sosial termasuk di Facebook. Berdasarkan CCTV berdurasi satu minit empat saat, sebelum kejadian rompakan, dilihat pelanggan leka dengan sajian masing-masing dengan dua pekerja dilihat berjalan menghantar pesanan kepada mereka.

    Turut kelihatan seorang lelaki berbaju warna putih dipercayai juruwang berada di kaunter. Sejurus selepas itu, empat lelaki termasuk tiga suspek membawa parang dan masingma­sing memakai topi keledar masuk ke restoran berkenaan.

    Kesemua suspek itu menghampiri pelanggan dan menarik beg tangan milik beberapa pelanggan yang duduk di meja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dirompak Ketika Menjamu Selera Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top