My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 8 May 2017

    Rusia Haramkan Aplikasi WeChat



    Gergasi internet China, Tencent memaklumkan bahawa aplikasi mesejnya, WeChat telah disekat di Rusia, manakala pihaknya masih berunding dengan Moscow untuk menyelesaikan isu tersebut. WeChat merupakan perkhidmatan pemesejan paling popular di dunia dan memiliki seramai 889 juta pengguna global menjelang penghujung tahun 2016. 

    Selain pemesejan, WeChat turut menawarkan pembayaran, pengang­kutan dan pelbagai perkhid­matan lain. Setakat ini, bilangan pengguna WeChat di Rusia masih tidak dapat dipastikan. “Kami menghadapi sekatan dan kami memohon maaf,” kata seorang pegawai Tencent di laman blog syarikat berkenaan.

    “Undang-undang Rusia menyatakan bahawa pembekal perkhidmatan online wajib berdaftar dengan kerajaan tetapi WeChat mempunyai pemahaman berbeza berhubung peraturan ini,” tambahnya. 

    Seorang jurucakap pihak berkuasa telekomunikasi Rusia, Roskomnadzor kemudian berkata, aplikasi mesej itu tidak menyerahkan maklumat orang hubungannya berkaitan pendaftaran organisasi itu. “Kami telah menghantar surat kepada iTunes dan Google Play supaya menyekat aplikasi ini (di Rusia). Kami masih me­nunggu maklum balas.

    “Jika arahan ini tidak dipatuhi, kami akan menyekat akses aplikasi We Chat menerusi pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan,” kata pegawai berkenaan, Vadim Ampelonsky kepada agensi berita RIA-Novosti, Jumaat lalu.

    Pada awal minggu lalu, Roskomnadzor turut mengharamkan aplikasi Blackberry Messenger dan Line atas sebab sama. Pada tahun 2014, Rusia meluluskan undang-undang mewajibkan perkhid­matan mesej ­asing, enjin carian internet dan laman sosial supaya menyimpan data peribadi pengguna Rusia di Rusia.

    Laman web yang me­langgar undang-undang itu akan disenaraihitamkan, manakala pembekal perkhid­matan internet perlu­ menyekat akses laman berkenaan. Undang-undang itu dikuatkuasakan pada tahun 2015. Laman sosial golo­ngan profesional, LinkedIn telah disekat kerana didapati melanggar undang-undang tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rusia Haramkan Aplikasi WeChat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top