Satu ketika dahulu, anak-anak kaum Melayu, Cina dan India cukup bebas berkawan dan bermain bersama. Gambaran ini jelas dilihat pada siri kartun Upin dan Ipin di mana keserasian dan kegembiraan dapat dikongsi bersama tanpa rasa syak wasangka dan bersifat perkauman.
Saat paling meriah apabila tiba hari kebesaran masing-masing apabila pelbagai kaum akan meraikan hari kebesaran masing-masing. Semua merasai detik gembira bersama tanpa perlu bimbang akan kemungkinan berlakunya tragedi hitam negara, tragedi 13 Mei 1969. Malah, tidak menjadi satu masalah apabila kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Itulah serba sedikit gambaran bagaimana kita menikmati setiap detik waktu kita sebagai anak Malaysia yang lahir dari pelbagai kaum dan agama. Namun, semuanya sedikit demi sedikit kian berubah. Adakalanya, politik mampu membawa perpaduan namun apa yang dipersembahkan hari ini, perpaduan berkenaan semakin hancur akibat kerakusan politik pembangkang yang mahu memecah belahkan kesepakatan antara kaum di Malaysia.
Persoalannya, sudah hilangkah sifat toleransi ini dalam jati diri rakyat Malaysia? Apa yang berlaku di Austin Hill, Johor baru-baru ini adalah secebis contoh bagaimana sifat ini semakin menipis. Seluruh rakyat Malaysia faham bahawa setiap hari Jumaat, pada waktu tengah hari khususnya, adalah waktu yang diperuntukkan buat umat Islam menunaikan Solat Jumaat.
Hal ini bukan baru hari ini berlaku. Ianya telah wujud sejak lebih 1,400 tahun yang lalu sewwaktu Nabi Muhammad S.A.W masih hidup. Ianya menjadi ibadat wajib buat umat Islam dari kaum lelaki untuk menunaikannya. Antara rukun wajib dalam solat Jumaat adalah mendengar khutbah Jumaat dan menunaikan Solat Jumaat dua rakaat.
Justeru, tidak hairanlah sesebuah masjid itu akan menjadi sedikit sesak pada waktu berkenaan. Di sinilah persoalannya timbul, apa perlu sepasang kekasih kaum Cina ini membunyikan hon di kawasan ibadat umat Islam? Adakah dia merasakan dirinya sudah cukup kuat dan hebat sehingga tergamak menimbulkan provokasi tambahan di sebuah masjid?
Umum juga sedia maklum apabila tiba waktu petang pada hari Jumaat, kaum India akan membanjiri kuil-kuil untuk menunaikan ibadat mereka. Hal kesesakan lalulintas juga turut akan berlaku di lokasi kuil-kuil yang menjadi tumpuan kaum India. Adakah wajar kita membunyikan hon sekuat hati hanya kerana marahkan kesesakan yang timbul disebabkan kaum India mahu menunaikan ibadat mereka?
Hari Ahad pula diperuntukkan kepada penganut agama Kristian untuk menunaikan ibadat mereka di gereja-gereja. Adakh kita mahu membunyikan hon terhadap mereka hanya kerana berang, laluan kita mungkin terhalang? Sudah tentu tidak bukan? Mari kita lihat satu lagi situasi yang setiap hari berlaku di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara.
Setiap hari, pada jam 12.30 hingga 1.30, kesesakan luar biasa lalu lintas pasti akan berlaku apabila ibu bapa kanak-kanak kaum Cina akan memakirkan kenderaan mereka sesuka hati. Kadang kala, dari 3 lorong, keadaan akan menjadi satu lorong sahaja yang boleh dilalui. Adakah wujud ketegangan di kawasan berkenaan akibat ada di antara pengguna yang membunyikan hon di kawasan berkenaan?
Contoh paling mudah untuk kita lihat adalah bagaimana kesesakan setiap hari tanpa mengira waktu berlaku di Serdang Lama. Daripada 4 lorong yang boleh dilalui, hanya 2 lorong sahaja yang dibuka manakala dua lorong lagi akan dipenuhi dengan kenderaan yang parkir sesuka hatinya. Pernahkah ada yang mengamuk akibat sikap tidak bertanggungjawab sebegini?
Kesimpulannya, tanpa mengira apa jua kaum, sikap dan sifat toleransi harus dipupuk kembali. Benar, hari ini DAP memainkan sentimen perkauman untuk membolehkan mereka memperolehi kuasa mudah. Namun, jika kita sanggup menggadaikan kehidupan harmoni kita hanya kerana taksub kepada politik, maka bolehlah kita anggap, Malaysia sedang menghampiri semula insiden 13 Mei 1969.
0 comments:
Post a Comment