My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 10 December 2018

    Apa Nasib Warga Felda Dan Pencarum Tabung Haji?



    Sepanjang sembilan tahun pentadbiran BN menerusi Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak, nasib dan apa jua perkara melibatkan warga penerka Felda kerap kali dipandang berat oleh beliau. Tidak hairanlah sekiranya nasib warga Felda kerap kali diberi perhatian khusus oleh beliau.

    Namun, disebalik nasib dan keluh kesah warga Felda yang kerap diberi perhatian khusus oleh beliau, hasutan dan fitnah terhadap beliau begitu mudah menyerap masuk kedalam pemikiran warga Felda terutamanya golongan muda.

    Dengan acuan politik kebencian dan fitnah yang dijadikan modal oleh Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan BN, tidak hairanlah warga Felda turut sama termakan hasil fitnah ini sehingga sebahagian besar warga peneroka Felda bertindak bersekongkol dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan BN yang selama ini menjaga kebajikan mereka.

    Hari ini, harapan besar yang diletakkan keatas sebuah kerajaan yang menjanjikan pembaharuan serta pelbagai janji manis nampaknya telah memakan diri mereka. Manakan tidak, menurut satu sumber dalaman Felda itu sendiri, elaun sara hidup mereka untuk bulan November masih belum di bayar sehingga kini.

    Timbul persoalan, bagaimana mereka yang kesemuanya bergantung hidup atas elaun berkenaan untuk menyara keluarga mereka mahu meneruskan hidup? Sudahlah harga komuditi sawit dan getah sedang mengalami kejatuhan, kelewatan pembayaran ini dilihat bakal menjejaskan kehidupan para peneroka ini.

    Jika dilihat dari rekod sebelum ini, kerajaan BN belum pernah walau sekalipun terlewat membayar elaun dan gaji warga peneroka Felda tidak kiralah apa jua yang berlaku. Namun, hanya dalam tempoh 7 bulan, perkara sebegini boleh berlaku hanya dengan alasan Felda menanggung jumlah hutang yang tinggi.

    Apa kena mengena hutang Felda dan anak syarikatnya Felda Golden Ventures dengan wang sara hidup warga peneroka? Mereka telah bekerja dan mengusahakan tanah milik mereka dan hasilnya telahpun dijual kepada pihak pengurusan Felda. Sepatutnya, tidak ada sebab wang yang digunakan oleh mereka untuk sara hidup tertunggak sampai begini sekali.

    Hari ini, bukan sekadar Felda sahaja yang mengalami masalah sebegini. Hari ini, menerusi laporan akhbar, pencarum Tabung Haji juga dikatakan berkemungkinan tidak menerima apa-apa dividen hasil simpanan mereka. Alasan yang diberi tetap sama, Tabung Haji menanggung jumlah hutang yang besar.

    Perlu ditegaskan bahawa, Lembaga Tabung Haji turut melakukan pelaburan luar bagi mengembangkan hasil syarikat mereka. Begitu juga dengan KWSP dan pelbagai agensi kerajaan yang lain. Adakah disebabkan jumlah hutang yang besar, para penyimpan dan pencarum terpaksa berkorban tidak menerima sebarang pembayaran dividen mahupun bonus?

    Andai Tabung Haji sendiri berkemungkinan tidak membayar sebarang dividen, KWSP, PNB dan beberapa agensi lain juga besar kemungkinan tidak memberi apa jua dividen dan bonus kepada para penyimpan hanya dengan alasan menanggung hutang yang besar.

    Agak menghairankan juga sebenarnya kerana sebelum ini, kesemua agensi yang menerima jaminan kerajaan ini tidak pernah gagal membayar apa jua bonus dan dividen kepada pencarum dan penyimpan mereka walau apa jua situasi ekonomi dan jumlah hutang yang mereka tanggung. Kenapa dalam tempoh 7 bulan ini, kesemua ini harus berlaku?

    Sudahlah agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bakal dibubarkan tidak lama lagi, kesemua aset dan pemilikan Melayu dan Bumiputera nampaknya sedang giat diganggu gugat. Yang menjadi mangsa adalah kaum Melayu dan Bumiputera itu sendiri.

    Jika dilihat dari senarai yang kononnya terpaksa berkorban untuk menyelesaikan hutang ini dari pelbagai agensi yang ada hubung kait dengan Melayu dan Bumiputera, kita secara tidak langung dapat membayangkan, apa lagi agensi yang ada hubung kait dengan Melayu dan Bumiputera yang bakal turut terkesan dengan dasar baru kerajaan hari ini.

    Perlulah di tegaskan disini bahawa, kerajaan perlu kembali melihat kepada hak-hak kaum Melayu itu terlebih dahulu sebelum memberikan alasan sehingga hak yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang sepatutnya, seolah-olah dinafikan. Ini tidak betul.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Nasib Warga Felda Dan Pencarum Tabung Haji? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top