Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi satu himpunan besar yang membabitkan kaum Melayu dan Bumiputera bagi membantah sebarang usaha untuk melaksanakan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau lebih kita kenali sebagai ICERD.
Perlu kita akui, kali terakhir kaum Melayu dan Bumiputera berhimpun secara besar-besaran adalah pada tahun 1946 apabila pada ketika itu, penjajah Inggersi telah memperkenalkan sistem pemerintahan Malayan Union yang menyaksikan kedudukan Raja-Raja dan kaum Melayu itu sendiri diancam dengan sistem pemerintahan ala kolonial ini.
Hari ini, di kala semua perhatian sudah mula tertumpu ke Dataran Merdeka, lokasi di mana himpunan berkenaan dijadualkan berlangsung, agak menghairankan apabila terdapat segelintir para pemimpin Melayu seolah-olah sengaja menempelak pihak penganjur himpunan ini.
Malah, ada dakwaan turut menyatakan, ada tangan-tangan ghaib cuba untuk menggagalkan himpunan sejuta ummah ini. Namun begitu, tidak dapat dipastikan kebenaran dakwaan ini.
Mungkin bagi mereka, himpunan seumpama ini tidak perlu diadakan kerana pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan kenyataan menangguhkan perlaksanaan ICERD ini. Malah dalam satu kenyataan, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyatakan komitmen Malaysia untuk tidak menanda tangani perjanjian mengenai ICERD ini.
Namun, perlu juga di beri perhatian, walaupun ada komitmen kerajaan untuk tidak melaksanakan ICERD ini, namun kedudukan kaum Melayu itu sendiri sememangnya nampak terancam dengan beberapa keputusan dan beberapa siri kenyataan yang di buat oleh pihak kerajaan.
Bertitik tolak dari sinilah himpunan ini diadakan bagi menunjukkan kepada pihak-pihak yang sedang beriya-ia mahu menidakkan hak Ketuanan Melayu di atas tanahair di sini. Justeru ingin ditanyakan kepada beberapa orang pemimpin Melayu samada dari UMNO itu sendiri mahupun di dalam Pakatan Harapan. Di manakah jati diri anda sebagai orang Melayu anda letakkan?
Malah, Paduka Sultan-Sultan Melayu sendiri turut telah bersuara menyatakan kebimbangan pihak istana dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Adakah mereka ini cukup tinggi kuasa mereka sehingga dilihat seolah-olah menidakkan titah Paduka Sultan-Sultan Melayu?
Lihat sahaja lima siri Himpunan BERSIH yang diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2007. Apa yang mereka minta hanyalah untuk kepentingan politik dan bukannya demi kepentingan kaum Melayu. Inilah satu-satu himpunan yang diadakan bagi menunjukkan kesepakatan dan keutuhan kaum Melayu yang boleh kembali bersatu di saat kedudukan kaum ini mula di pertikaikan oleh mereka yang hadir ketanah ini sebagai hamba sahaya Inggeris.
Untuk mereka yang dilihat sengaja mahu menidakkan suara anak Melayu dari didengari oleh pihak kerajaan, mereka mungkin sahaja boleh memilih untuk kekal bersekongkol memusnahkan nama dan identiti Melayu di tanahair sendiri. teruskan usaha untuk menjadi Si Kitol moden.
0 comments:
Post a Comment