My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 December 2018

    Klopp Seronok Lihat Aksi Liverpool



    Jurgen Klopp berkata, prestasi Liverpool ketika menewaskan musuh tradisi Manchester United 3-1 awal pagi tadi antara persembahan terbaik sejak dia bertugas di Anfield. 

    Liverpool kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana selepas pemain gantian pada babak kedua, Xherdan Shaqiri menjaringkan dua gol dalam masa tujuh minit.

    Liverpool mendahului pada minit ke-25 menerusi Sadio Mane tetapi dihukum akibat kesilapan Alisson yang membolehkan Jesse Lingard menyamakan kedudukan.

    “Ia permulaan mengagumkan, salah satu persembahan terbaik kami sejak saya berada di Liverpool,” kata Klopp yang mengambil alih kelab pada Oktober 2015.

    “Pada setengah jam pertama kami menyerlah, menjaringkan satu gol tetapi saya tidak rasa sesiapa pun menjangkakan empat atau lima gol ketika menentang United. Kami bermain dengan sempurna. Kami membuat hantaran ke tempat yang betul dan bertahan dengan baik,” katanya. 

    Sementara Shaqiri membuktikan kemampuannya bagi membantu kemenangan, Fabinho juga dilihat memberi impak yang besar buat pasukan dalam perlawanan bertemu pasukan Jose Mourinho.

    “Dia sangat menyerlah. Sungguh menyerlah,” kata Klopp. “Selasa lalu kami bermain menentang Napoli, salah satu permainan terbaik kami musim ini, bertemu lawan yang sangat kuat, kami bermain dengan Milner, Henderson dan Wijnaldum di barisan tengah.

    “Ini apa yang saya katakan. Ia adalah nadi dan jantung perlawanan yang kami perlukan. Selagi kami boleh membuat perubahan ini, kami akan berubah. Mereka mempunyai tubuh dan juga pemikiran yang lebih segar. Fabinho bermain di tahap tertinggi dan itu adalah benar.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Klopp Seronok Lihat Aksi Liverpool Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top