My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 5 December 2018

    Berhentilah Dari Terus Membuat Lawak Seram Dan Bodoh


    Agak menghairankan sebenarnya, apakah kreteria utama yang diambil kira oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri semasa beliau melantik para menteri kabinet beliau untuk mengurus tadbir sebuah negara seperti Malaysia?

    Ini kerana, sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan, satu persatu menteri-menteri kabinetnya mengeluarkan kenyataan yang menjadi bahan lawak jenaka rakyat Malaysia. Ada diantara lawak mereka ini dikategorikan sebagai lawak seram dan majoriti dari lawak jenaka ini dikategorikan sebagai lawak bodoh.

    Bukan mahu menidakkan kredebiliti para menteri yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir namun dari apa yang disajikan sepanjang enam bulan mentadbir negara, boleh dikatakan tidak ada satu pun kenyataan mahupun tindakan yang diambil oleh para menteri ini boleh menjana kekuatan Malaysia mahupun melonjakkan imej Malaysia ke persada antarabangsa.

    Lihat sahaja bagaimana Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan begitu gah mendedahkan aset pertahanan Malaysia sehinggakan identiti perisik negara juga begitu hampir didedahkan. Apakah relevannya mendedahkan aset negara ini melalui media? Adakah beliau mahu menyatakan bahawa pertahanan Malaysia ini berada pada tahap yang lemah? Ini kategori lawak seram namanya.

    Bagi Menteri Pendiddikan pula, boleh dikatakan, andai sekali dalam sebulan beliau tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi, itu bukan Mazlee Malik namanya. Terbaru, semasa sedang menjawab soalan dari Datuk Ahmad Maslan, beliau secara terbuka bercadang untuk memasukkan isu 1MDB kedalam subjek sejarah.

    Cadangan beliau ini pantas mendapat kecaman ramai yang mempersoalkan, apa relevannya meletakkan isu 1MDB kedalam subjek sejarah sedangkan kesemua pendakwaan terhadap kes ini masih berjalan? Menariknya, dalam tempoh 24 jam, pihaknya mengeluarkan kenyataan menafikan beliau ada membuat kenyataan demikian. Beliau sebaliknya menyalahkan pihak media yang salah melaporkan kenyataan beliau di Parlimen.

    Tidak habis disitu. Sebelum kenyataan membabitkan 1MDB dikeluarkan, beliau juga menghabiskan lebih separuh tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Pelajaran dengan hanya mengkaji kesesuaian mengenakan kasut dan stokin hitam bagi murid-murid sekolah. Mungkin bagi beliau, dengan mengenakan kasut dan stokin hitam, kadar kebijaksanaan murid-murid sekolah ini semakin meningkat.

    Lebih hebat lagi, Menteri Pelajaran ini juga kerap kali mengeluarkan kenyataan yang dianggap pelik dan diluar kotak pemikiran manusia normal. Untuk ini, beliau wajar dianugerahkan sebagai Maharaja Lawak Gila di dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

    Itu belum lagi mengambil kira bagaimana cadangan untuk meminta para pekebun getah di negara ini untuk terus memotong getah semasa musim tengkujuh bagi menambah pendapatan mereka. Malah, pernah juga seorang lagi menteri mengeluarkan kenyataan untuk meminta para nelayan menanam pokok buah-buahan di belakang rumah mereka bagi menambah pendapatan.

    Ada juga seorang lagi menteri mendakwa, kadar SST jauh lebih rendah berbanding GST. Secara amnya, kanak-kanak yang baru memasuki pra sekolah pun tahu bahawa 16 peratus itu jauh lebih tinggi berbanding 6 peratus. Lebih hebat lagi. menteri yang sama juga turut mendakwa, punca kenaikan harga keperluan asas di negara ini bukan disebabkan oleh SST.

    Sebaliknya ia berpunca dari peniga yang enggan menurunkan harga barang. Bukankah selama ini kerajaan BN pernah mendedahkan isu ini sehingga menjadi bahan lawak pihak Pakatan Harapan? Kenapa masih mengguna pakai alasan ini? Sudah hilang alasan lainkah?

    Sebenarnya, andai mahu di hidangkan siri kenyataan lawak seram, lawak gila dan lawak bodoh mereka yang hari ini bergelar menteri, cukup banyak sebenarnya. Samada kita mahu percaya ataupun tidak, dalam tempoh enam bulan, rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai kenyataan lawak sehinggakan ada diantara mereka ternanti-nanti, bilakah menteri-menteri ini akan mengeluarkan kenyataan gila mereka lagi.

    Lebih hebat lagi, setiap kali mereka mengeluarkan kenyataan kontroversi dan bercadang untuk melaksanakan sesuatu perkara, andai dihentam secara berterusn di media sosial, sepantas kilat mereka melakukan pusingan "U". Mereka mula menunding jari kepada pihak media kononnya salah melaporkan sesuatu isu.

    Mungkin mereka terlupa agaknya bahawa hari ini, setiap kenyataan mereka boleh sahaja direkodkan. Mungkin mereka boleh menyalahkan media bagi mengaburi mata para penyokong mereka. Namun, mereka kekal terlupa bahawa video yang dirakam bukan boleh diedit sesuka hati dalam tempoh 24 jam.

    Rakyat hari ini ternanti-nanti dasar yang boleh membantu rakyat untuk bangkit dalam arus kemodenan dan kepesatan ekonomi. Rakyat tidak memerlukan sebarang sajian lawak seram, lawak gila dan lawak bodoh antarabangsa untuk menghiburkan hati mereka sedangkan rakyat hari ini sudah cukup menderita dengan kepelbagaian dasar yang hanya menguntungkan satu pihak sahaja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berhentilah Dari Terus Membuat Lawak Seram Dan Bodoh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top