My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 December 2018

    E-dagang Undang Ancaman?


    Pertumbuhan sektor e-dagang yang mencatatkan kadar pertumbuhan tinggi, bagaimanapun mengundang ancaman yang besar kepada pengguna berikutan maklumat peribadi dan kewangan mudah terdedah kepada kecurian dan kebocoran data. 

    EfficientIP, penyedia global untuk penyelesaian pengurusan rangkaian, mendedahkan syarikat yang terbabit dalam aktiviti e-dagang perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan mempertimbangkan kepada melindungi Domain Name Server (DNS) daripada serangan.

    DNS adalah barisan hadapan kepada keselamatan, memproses sejumlah besar trafik yang berisiko terdedah kepada potensi ancaman di peringkat dalaman dan luaran.

    Pengurus Serantau EffcientIP Asia Pasifik (APAC) Nick Itta berkata, berdasarkan perubahan yang pesat dalam landskap siber, syarikat menjadi amat berisiko kepada pencerobohan data, dan yang sering terdedah kepada serangan adalah DNS.

    “Ini perlu diberi perhatian oleh syarikat yang meneroka e-dagang berikutan mereka menyimpan maklumat pelanggan yang sensitif,” katanya.

    Menurut Laporan Ancaman DNS 2018 EfficientIP, hampir satu pertiga daripada syarikat di Asia Pasifik mengalami kecurian data. Susulan Malaysia ke arah inisiatif pembayaran dalam talian, e-dompet dan instrumen kewangan lain, katanya masih dapat dilihat aspek keselamatan DNS sebagai bidang yang memerlukan perlindungan.

    “Dalam pada itu, kekerapan dan impak daripada serangan DNS meningkat di Asia Pasifik,” katanya. Mengulas mengenai prospek syarikat di rantau ASEAN, beliau berkata, ASEAN adalah pasaran keutamaan berdasarkan permintaan yang luar biasa dan keperluan kepada penyelesaian EfficientIP. 

    “Kami akan terus bekerjasama dengan agensi tempatan dan berhubung dengan pelanggan kami di Malaysia dan di rantau ini untuk memastikan kami menyediakan penyelesaian yang melindungi sistem mereka dengan berkesan dan memajukan pertumbuhan ekonomi digital dengan lebih luas di seluruh Asia Pasifik,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: E-dagang Undang Ancaman? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top