My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 December 2018

    Nelayan Cemas Di Rompak Enam Sekawan



    Seorang nelayan dan dua anak lelakinya menghadapi detik cemas semasa menangkap ikan apabila dirompak sekumpulan enam lelaki bersenjata api, kira-kira 0.5 batu nautika dari sempadan perairan antarabangsa Malaysia-Indonesia. 

    Mangsa, 49, yang juga pengadu mendakwa suspek mengambil beg silang berisi telefon Samsung, lesen perikanan, lesen perahu, surat enjin dan kad pengenalan milik anaknya. Empat daripada suspek terlibat dikatakan bertopeng dan dua lagi suspek tidak memakai topeng, malah salah seorang daripada mereka didakwa menggunakan loghat asing.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kumpulan suspek terbabit juga dikatakan menaiki bot laju plywood panjang dengan kekuatan enjin 15 kuasa kuda (HP).

    “Berdasarkan aduan mangsa, insiden itu dilaporkan berlaku antara jam 5.15 - 5.25 petang Sabtu membabitkan enam suspek bersenjatakan senapang panjang (kelopak peluru bengkok) yang tidak digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

    Fadil yang dihubungi pada Ahad, berkata siasatan awal mendapati mangsa keluar memukat ikan menaiki sebuah jongkong dengan dua enjin berkapasiti 15 HP setiap satu di perairan Apas Parit.

    Menurutnya, mangsa melihat sebuah bot laju dinaiki enam lelaki tidak dikenali semasa tiba di lokasi kejadian dan pada mulanya menyangkakan mereka pihak berkuasa Malaysia. “Pengadu hanya menyedari mereka bukan pihak berkuasa Malaysia selepas melihat jenis senjata yang dibawa kumpulan suspek terbabit apabila diarah memberhentikan botnya.

    “Mangsa dan anak-anaknya turut diarahkan supaya pergi ke hadapan bot untuk membolehkan suspek terbabit melakukan pemeriksaan selepas merapatkan bot mereka.

    “Mengikut laporan pengadu juga, suspek ada mengacukan senjata sambil mengatakan mangsa dan anak-anaknya sudah memasuki kawasan perairan negara lain,” katanya.

    Mengulas lanjut, beliau berkata selepas mengambil barang milik mangsa, kumpulan suspek terbabit dikatakan beredar ke arah Sg Nyamuk, Pulau Sebatik, Indonesia. Manakala, pengadu pula pulang ke perairan Tinagat menggunakan sebuah enjin bot yang rosak dan meminta bantuan orang kampung untuk membuat laporan polis di balai polis

    “Buat masa ini kes ini diklasifikasikan sebagai rompakan laut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nelayan Cemas Di Rompak Enam Sekawan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top