Sebelum tibanya tarikh 8 Disember 2018, pelbagai pihak dilihat sengaja cuba mensabotaj himpunan perpaduan Ummah menolak ICERD ini dari dilaksanakan. Malah, di media sosial juga kelihatan begitu banyak status yang di muat naik hanya untuk memprovok para peserta untuk bertindak liar bagi memberikan imej buruk terhadap perhimpunan mega ini.
Tidak ketinggalan juga pelbagai khabar angin bertiup kencang yang mana rata-rata khabar angin ini dilihat cuba memberi amaran bahawa himpunan ini besar kemungkinan bakal berlangsung dalam keadaan tegang. Malah, terdapat segelintir pihak sengaja mengeluarkan surat kononnya mereka tidak beroperasi seperti biasa kerana bimbangkan ketegangan kaum bakal berlaku.
Hakikatnya, pada tarikh 8 Disember yang lepas, seawal jam 7 pagi, kawasan sekitar Dataran Merdeka mula di banjiri oleh anak-anak Melayu yang masih kekal dengan identiti keMelayuan yang tinggi. Jalan sekitar Masjid Negara, Dataran Merdeka dan kompleks membeli belah Sogo mula di banjiri peserta perhimpunan dan rata-rata mereka langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi ketegangan bakal berlangsung.
Sebenarnya, acara sebenar perhimpunan ini hanya bermula pada jam 2 petang namun apa yang disaksikan adalah, sekitar jam 10 dan 11 pagi, kira-kira 50 ribu orang peserta sudah mula membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka.
Siapa sangka, sebaik sahaja solat Zohor selesai dilakukan, anak-anak Melayu yang masih menyayangi bangsanya mula bergerak ke Dataran Merdeka dari lima arah iaitu dari arah Masjid Jamek, Sogo, Padang Merbok, PWTC dan Masjid Negara. Pergerakan mereka begitu tersusun dan langsung tidak mencerminkan kemunginan bakal berlaku ketegangan seperti yang di war-warkan sebelum ini.
Daripada angka 50 ribu orang peserta, apabila kesemua peserta mula membanjiri sekitar Dataran Merdeka dari segenap penjuru, nadi ibu kota negara bertukar menjadi warna putih, warna tema bagi himpunan ini. Masing-masing cuba memasuki perkarangan Dataran Merdeka, lokasi di mana kesemua pemimpin utama perhimpunan ini berada.
Di sinilah dapat dilihat bagaimana semangat keMelayuan mula timbul yang mana masing-masing menyuarakan bantahan mereka terhadap ratifikasi ICERD. Malah, terdapat juga wakil-wakil kaum India yang turut serta menyuarakan kebimbangan mereka terhadap cara dan rentak kerajaan hari ini mentadbir Malaysia.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang memantau sepanjang berlangsungnya perhimpunan kali ini, pihak PDRM sendiri mengesahkan bahawa kehadiran para peserta mencecah angka lebih daripada sejuta orang, sesuatu yang tidak pernah dilihat di ibu kota. Ianya boleh dianggap sebagai sejarah yang tercipta oleh anak-anak Melayu itu sendiri.
Menerusi temubual dengan salah seorang anggota PDRM yang memantau perjalanan himpunan ini, dia yang enggan namanya disiarkan memberitahu, sejak bermulanya perarakan dari Sogo, dia tidak pernah melihat satu gerakan yang begitu tersusun dan tidak putus-putus selama hampir sejam.
Sebelum ini katanya, dia turut memantau pergerakan peserta himpunan BERSIH siri 4 dan 5 namun apa yang dia saksikan sepanjang himpunan ini, ianya jauh lebih ramai dari apa yang pernah dicatatkan oleh himpunan BERSIH 4. Malah, para peserta juga katanya langsung tidak menimbulkan sebarang masalah mahupun ketegangan. Mereka kekal berdisiplin dan kekal dalam barisan mereka.
Lebih menarik lagi, menerusi pemerhatian pebulis pada jam 7 malam, sejam setengah selepas himpunan ini berakhir, di segenap jalan yang dilalui oleh para peserta perhimpunan, langsung tidak terdapat sebarang longgokan sampah. Malah, sampah sarap yang bertaburan seperti yang disajikan oleh para peserta BERSIH sebelum ini juga langsung tidak kelihatan.
Keadaan bersih seumpama ini berkemungkinan besar disumbangkan oleh inisiatif penganjur dan beberapa badan NGO yang bertindak menghantar beberapa kumpulan anak muda bagi membersihkan semua lokasi tempat berhimpun. Ini sesuatu perkara yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana perhimpunan sebelum ini.
Seperti biasa, di pihak kerajaan, mereka cuba untuk memburukkan himpunan ini. Malah laporan dari akhbar mahupun media milik mereka hanya menggambarkan kehadiran para peserta yang tidak sampai 100 ribu orang.
Mereka boleh menipu orang yang tidak hadir ke Dataran Merdeka pada 8 Disember lalu. Namun mereka tidak akan dapat menipu mereka yang hadir kelokasi himpunan berkenaan dengan sorotan secara langsung menerusi dron serta gambar dari mereka yang berada di tempat yang tinggi sebagai bukti betapa Himpunan Penyatuan Ummah menolak ratifikasi ICERD #812 kali ini benar-benar berjaya.
0 comments:
Post a Comment