My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 December 2018

    Peniaga Pakaian Tiruan Berdepan Denda RM29j



    Seorang peniaga pakaian jenama terkenal di pusat beli-belah terkemuka di sini, berdepan hukuman denda sehingga RM29 juta selepas didapati menjual 1,964 pasang pakaian jenama Polo tiruan. 

    Premis itu diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hasil risikan serta aduan awam. Dalam serbuan jam 11.25 pagi kelmarin, 1,964 pasang pakaian dan aksesori pelbagai jenis dirampas selepas disahkan tiruan oleh wakil jenama berkenaan.

    Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, serbuan dibuat selepas wakil jenama itu mengesahkan premis berkenaan menjual barangan yang bukan dibekalkan syarikat terbabit. “Kami merampas 1,916 baju, 11 seluar, 27 topi dan 10 tali leher jenama tiruan.

    “Barangan dirampas dianggarkan berjumlah RM196,400 berdasarkan harga pasaran semasa. Kami merekodkan keterangan pemilik premis berusia 50-an dan dua pekerjanya untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya di Pejabat KPDNHEP Sabah di sini, semalam.

    Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK Sabah, V Ravichandran. Georgie berkata, jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun. “Untuk syarikat pula, ia boleh dikenakan denda RM15,000 bagi setiap unit barangan bagi kesalahan pertama dan kedua,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Peniaga Pakaian Tiruan Berdepan Denda RM29j Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top