Namun, ianya bukan bermakna, agama tidak boleh langsung dijadikan pedoman buat pengamal politik. Sewajarnya, setiap tidak tanduk perlulah berlandaskan agama. Apa yang diajar, lakukanlah dan begitu juga sebaliknya. Cuma yang salahnya adalah apabila wujud sekelompok manusia yang sengaja melacurkan agama hanya disebabkan kuasa dan politik.
Inilah yang berlaku sepanjang awal bulan ini apabila dua orang pemimpin utama Pakatan Harapan dilihat seperti sengaja memperlekehkan agama dengan kenyataan untuk membela dan menutup kegagalan mereka dalam sesuatu perkara.
Kelmarin, semasa Mesyuarat Agung Parti Amanah Negara (PAN), siapa sangka, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad secara sedar memberitahu dalam ucapannya bahawa Nabi Muhammad S.A.W sendiri kadangkala terpaksa memungkiri janjinya. Kenyataan ini dikeluarkan hanya semata-mata mahu membela kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji di dalam manifesto mereka.
Sedarkah beliau bahawa Nabi Muhammad itu gelarannya Al Amin? Tahukah Khalid bahawa Nabi Muhammad itu sentiasa mengamalkan solat taubat tanpa mengira waktu dan masa? Paling utama, tahukah Khalid bahawa Nabi Muhammad diiktiraf sebagai manusia yang maksum iaiut manusia yang tidak menanggung sebarang dosa sepanjang hidupnya?
Setiap tindak tanduk baginda adalah berlandaskan wahyu yang diturunkan Allah kepadanya. Malah sejak kecil, Nabi Muhammad tidak pernah memungkiri apa jua janjinya samada kepada pakciknya mahupun rakan dan umat yang mengikuti ajarannya. Bagaimana Khalid boleh menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik Pakatan Harapan gagal menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat?
Bukankah sudah tertulis dengan nyata di dalam kitab suci Al Quran yang mana Allah S.W.T terlah berfirman, barangsiapa memungkiri janjinya, maka orang berkenaan termasuk di dalam golongan orang yang munafik. Adakah di sini Khalid mahu menyamakan Nabi Muhammad sebagai golongan orang yang munafik?
Patutlah sejak akhir-akhir ini begitu ramai orang yang bukan beragama Islam begitu berani memperlekehkan kesucian Islam. Sehinggakan laungan takbir Allahuakhbar juga telah di permainkan sesuka hati mereka. Manakan tidak, jika pemimpin sendiri boleh mempermain dan melacurkan agama dengan sesuka hati, bukan mustahil andai ada pihak yang akan mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin seperti ini.
Benar, semalam Khalid secara rasminya mengumumkan penarikan balik kata-katanya dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Namun, apa yang perlu ditegaskan di sini adalah, ini bukan kali pertama situasi seumpama ini berlaku.
Nama-nama seperti Tun Dr Mahathir, Hanipa Maidin, Zainudin Maidin malah Nurul Izzah Anwar sendiri pernah membandingkan nasib yang menimpa bapanya mirip seperti kisah Nabi Allah Yusuf Alaihisalam. Adakah para pemimpin Pakatan Harapan hari ini mahu menyamakan diri mereka sebagai para pemimpin harapan Islam sebenar?
Tolonglah, berhentilah dari terus memperkudakan agama demi mahu menyelamatkan kuasa dan menutup kesalahan masing-masing. Mungkin bagi para pengikut mereka, tindakan ini tidak salah namun bagi mereka yang amat memahami kesucian Islam itu sendiri, tindakan seumpama ini begitu jijik dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.
0 comments:
Post a Comment