My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 December 2018

    #Himpunan812 : Kami Memang Telah Salah Memilih



    Dalam lebih sejuta peserta yang berhimpun di dalam himpunan sejuta ummah menolak ratifikasi ICERD di Dataran Merdeka Sabtu lalu, ramai dikalangan peserta yang hadir adalah dari golongan anak muda yang telah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh Pakatan Harapan yang telah menjanjikan pelbagai perkara indah namun tidak ada satu pun yang ditunaikan.

    Jika sebelum ini suara anak muda ini dijadikan modal asas Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada PRU ke 14 yang lalu, Sabtu lepas, mereka akhirnya keluar untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap apa yang telah berlaku sepanjang tujuh bulan Pakatan Harapan mentadbir negara.

    Menerusi beberapa temubual yang dibuat, rata-rata mereka menzahirkan rasa kecewa dan marah dengan kegagalan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka. Kata salah seorang wakil mahasiswa yang turut berhi
    mpun kelmarin, mereka jelas kecewa dengan cara kerajaan menunaikan janji mereka seperti yang terkandung di dalam manifesto Pilihan Raya mereka.

    Menurut beliau yang enggan nama dan wajahnya disiarkan, sudahlah mereka kini berhadapan dengan masa depan yang tidak menentu setelah kerajaan hari ini masih gagal menyediakan peluang pekerjaan buat para bakal siswazah, janji untuk menghapuskan PTPTN juga nampaknya mereka mungkiri.

    Hari ini katanya, ramai dikalangan rakan mereka marah apabila kepercayaan yang mereka berikan kepada Pakatan Harapan untuk membawa Malaysia kearas yang lebih baik, nampaknya telah dikhianati. Jika hal seperti peluang pekerjaan dan PTPTN sendiri dimungkiri, bagaimana pula nasib hak kaum Melayu di atas tanahair sendiri mahu dijaga?

    Bagi sekumpulan anak muda ddari Kampung Datuk Harun dan Taman Medan pula, kehadiran mereka ke Dataran Merdeka bukan hanya sekadar mahu meramaikan para peserta. Sebaliknya mereka hadir sebagai generasi pelapis anak muda Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan hak kaum Melayu dari terus diperkotak katikkan.

    Mereka jelas membantah sebarang usaha untuk meratifikasikan ICERD yang mereka anggap sebagai salah satu helah buat mereka yang selama ini cuba untuk mendapatkan hak samarata buat semua kaum. Lebih buruk lagi, kelompok ini dianggap cuba untuk melemahkan kaum Melayu hanya untuk kepentingan mereka sahaja.

    Perkara yang sama turut dikongsikan oleh sekumpulan anak muda Melayu yang hadir atas semangat Islam dan Melayu yang tinggi. Salah seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel memberitahu, pada PRU ke 14 yang lalu, mereka adalah antara penggerak anak muda yang begitu kuat menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan.

    Apa sahaja yang dinyatakan oleh mana-mana pemimpin Pakatan Harapan, mereka akan sampaikan sejauh yang boleh termasuklah deretan dakwaan penyelewengan 1MDB mahupun 10 janji dalam 100 hari yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan.

    Hari ini, setelah 7 bulan mentadbir, mereka sedar bahawa apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan termasuk Tun Dr Mahathir sendiri hanyalah satu retorik politik yang hanya meletakkan kepentingan meraih kuasa jauh lebih tinggi berbanding memperjuangkan nasib rakyat terutama anak muda seperti mereka.

    Sambil mengakui terkilan dan marah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini, Daniel memberitahu, majoriti anak muda yang dahulunya sanggup berkorban masa dan wang Ringgit demi memastikan kerajaan BN di tumbangkan, kini jelas menyesal kerana menjadi ejen tidak berbayar Pakatan Harapan.

    Jika dahulu kelompok anak muda seperti mereka tidak dilupakan, hari ini, nasib mereka untuk menempuh hari-hari yang mendatang, nampaknya tidak lagi secerah dulu. Hanya kerana termakan fitnah dan hasutan yang dimainkan oleh Pakatan Harapan, mereka telah menumbangkan satu kerajaan yang sebelum ini cukup menjaga kebajikan rakyat dan kelompok anak muda sepertinya.

    Inilah yang disaksikan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu. Mungkin Pakatan Harapan merasakan bantuan anak muda banyak membantu mereka pada PRU ke 14 yang lalu, hari ini, kelompok yang mereka gunakan untuk menumbangkan kerajaan BN, telah sedar dan mula bangkit menentang sistem pentadbiran buruk yang sedang diamalkan oleh Pakatan Harapan di Putrajaya.

    Mereka juga amat menyedari bahawa apa yang mereka lakukan sebelum ini telah membawa negara kearah lebih buruk. Harapan untuk melihat kelahiran Malaysia Baru yang serba segar nampaknya hanyalah satu mimpi yang tidak mungkin akan jadi kenyataan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #Himpunan812 : Kami Memang Telah Salah Memilih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top