My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 December 2018

    Bukan Sekadar Melayu Sahaja Yang Terjejas Disebabkan ICERD, Tetapi...



    Apabila membicarakan tentang ratifikasi ICERD yang menyaksikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya "diputihkan" oleh para peserta himpunan sejuta Ummah menolak ratifikasi ICERD Sabtu lalu, ramai yang menyangka, ICERD ini hanya akan menjejaskan kaum Melayu dan institusi Beraja negara semata-mata.

    Alasan yang diberikan adalah, ICERD ini bakal menyaksikan hak ketuanan Melayu bakal tercabar dengan hak berkenaan bakal disamaratakan antara semua kaum. Malah, ada pendapat menyatakan, ICERD hanya akan meliputi seluruh Semenanjung Malaysia yang mana hak bumiputera Sabah dan Sarawak tidak akan terusik langsung. Persoalannya, benarkah dakwaan ini?

    Secara amnya, mungkin dakwaan berkenaan ada asasnya. Manakan tidak, sebarang usaha untuk membawa ICERD ke Malaysia samalah ertinya seperti membawa semula Malayan Union ke negara ini. Sejarah telah mencatatkan bahawa Malayan Union adalah salah satu usaha penjajah British untuk menjadikan negara ini menjadi sebuah negara Republik.

    Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan di lihat cuba membawa masuk ICERD menerusi saranan beberapa orang menteri yang mahu menyaksikan kaum Melayu yang merupakan penduduk asal dan majoriti di Malaysia, terpaksa menerima kehadiran mereka yang bukan bumiputera. Malah, institusi agama dan Beraja negara juga terpaksa dikorbankan demi kelompok ini.

    Namun, andai dilihat dari skop yang meluas, sebenarnya ICERD ini juga bakal menjadi ancaman besar buat kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Manakan tidak, secara amnya, menerusi Perlembagaan Persekutuan telah memberi hak khusus buat kaum Melayu dan kaum Bumiputera di Malaysia untuk menikmati hak ketuanan yang sama atas tanah masing-masing.

    Dalam erti kata lain, selain daripada kaum Melayu, lebih 40 suku kaum di Sabah dan lebih 30 suku kaum di Sarawak juga merupakan kaum Bumiputera selain daripada kaum-kaum Asli di Semenanjung. Jika ada yang mempersoalkan, renung semula erti kata sebenar ICERD yang mana antara lain menegaskan, memperjuangkan hak sama rata antara semua kaum dan menolak sebarang penguasaan sesuatu kaum di atas sesebuah kawasan dan negara.

    Bukankah ini bererti, hak penguasaan suku kaum di Sabah dan Sarawak bakal turut hanyut andai ICERD ini dilaksanakan? Selama ini, semua suku kaum di Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menguasai tanah yang mereka miliki atas nama tanah adat. Cuba bayangkan andai ICERD ini dilaksanakan? Bukankah semua kaum turut boleh memiliki tanah yang selama ini menjadi hak milik khusus buat kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak?

    Apa lagi hak eksklusif warga Sabah dan Sarawak andai hak pemilikan tanah serta hak negeri sendiri pun sudah boleh dikongsi bersama oleh mereka yang bukan dilahirkan di bumi Sabah mahupun Sarawak? Bukankah menerusi ICERD, hak imegresen kedua-dua buah negeri ini juga bakal di mansuhkan dan membolehkan hak rakyat Sabah dan Sarawak boleh dijarah semahu hati oleh mereka yang mengidamkan hak-hak di kedua negeri ini?

    Hari ini, menerusi status yang dimuat naik oleh mereka yang pro Pakatan Harapan di laman sosial Facebook oleh anak-anak Sarawak dan Sabah, mereka tidak henti-henti mengutuk himpunan mega yang diadakan pada Sabtu lepas.

    Tanpa mereka sedari, sebenarnya, perjuangan lebih sejuta manusia yang berhimpun di Dataran Merdeka Sabtu lepas turut membawa mesej mempertahankan hak-hak Bumiputera suku kaum Asli di Semenanjung dan semua suku-suku kaum yang ada di Sabah mahupun Sarawak. Perjuangan ini besar sebenarnya ruang lingkupnya. Bukan hanya tertakluk kepada kaum Melayu semata-mata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bukan Sekadar Melayu Sahaja Yang Terjejas Disebabkan ICERD, Tetapi... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top