My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 7 December 2018

    #Himpunan812 : Ini Bukan Berkisar Kepada ICERD Semata-Mata




    Kurang daripada 24 jam sahaja lagi, buat kali pertama sejak lebih 70 tahun, kaum Melayu dan Bumiputera akan berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap ratifikasi perlaksanaan ICERD serta pelbagai provokasi murahan para pemimpin kerajaan hari ini terhadap agama Islam dan kaum Melayu hari ini.

    Dianggarkan, lebih setengah juta orang bakal membanjiri Dataran Merdeka yang mana menyaksikan pihak PDRM dan DBKL telah memberi keizinan untuk pihak penganjur menganjurkan himpunan mega ini. Malah, deretan NGO pro Islam dan Melayu juga dikatakan bakal berhimpun bagi memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak memandang enteng hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.

    Namun begitu, satu hakikat yang perlu di fahami, himpunan 812 ini bukan lagi berkisar kepada ratifikasi ICERD semata-mata. Malah, skopnya sudah jauh meluas tidak hanya tertumpu kepada ICERD. 

    Himpunan ini adalah satu lambang kesepakatan kaum Melayu yang mana buat kali pertama kita bakal menyaksikan barisan kepimpinan UMNO dan PAS akan bergabung dalam memperjuangkan hak Islam, Melayu dan Bumiputera. Malah, ahli PAS dan UMNO serta mereka yang masih kekal dengan identiti Melayu tanpa melibatkan parti politik juga akan bergabung.

    Ini adalah isyarat jelas bahawa Melayu boleh sahaja bergabung dan bersatu andai hak agama Islam, Melayu dan Bumiputera mula dicabar oleh mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan. 

    Lebih hebat lagi, himpunan esok juga bakal menyaksikan buat kali pertama dalam tempoh 70 tahun, kaum Melayu bangkit mempertahankan institusi  Beraja negara yang semakin hari semakin dicabar oleh kerajaan menerusi idealogi republik mereka.

    Sudahlah hak ketuanan Melayu mereka sedang cabar, provokasi perkauman melampau juga turut keluar dari beberapa orang menteri termasuk Perdana Menteri sendiri. Kesucian Islam juga nampaknya mereka sedang perlekehkan. Inilah yang menerbitkan bibit kemarahan kaum Melayu kepada pihak kerajaan yang dilihat langsung tidak sensitif dengan prihal kaum Melayu dan Bumiputera di negara ini.

    Mereka begitu giat mempersendakan fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang selama ini tidak pernah dicuit dan disentuh oleh mana-mana pihak. Ini satu perkara yang amat sensitif dan seharusnya semua kaum perlu menghormati fasal ini.

    Inilah yang dikatakan, himpunan 812 ini bukan lagi berkisar kepada ICERD semata-mata. Himpunan ini juga menjadi satu penanda aras dan amaran kepada mana-mana pihak untuk berhenti daripada terus mempersendakan Islam dan Melayu itu sendiri. Jika tidak, kemarahan kaum melayu dan Bumiputera tidak akan dapat dibendung lagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #Himpunan812 : Ini Bukan Berkisar Kepada ICERD Semata-Mata Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top