My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 17 December 2018

    Manfaat Potensi Proton X70



    Proton Holdings Bhd (PROTON) mahu memanfaatkan potensi pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia yang masih belum ditembusi sepenuhnya oleh syarikat automotif. 

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata ketika ini jurang penembusan segmen SUV di negara ini masih kecil, sekali gus membuka ruang kepada PROTON berkembang melalui pengenalan model Proton X70.

    “Ketika ini, nisbah segmen SUV di Malaysia kecil dengan 10 kereta yang dijual hanya membabitkan satu unit SUV berbanding pasaran membangun seperti China dan Amerika Utara dengan 10 kereta dijual merangkumi empat unit SUV.

    “Berdasarkan senario pasaran global, ia menawarkan ruang besar kepada PROTON untuk memanfaat potensi pasaran di peringkat domestik disokong penawaran Proton X70 iaitu SUV paling pintar yang terdapat di Malaysia,” katanya dalam taklimat kepada 45 peserta Miss Tourism International (MTI) ke-21 yang melakukan kunjungan ke Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Manfaat Potensi Proton X70 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top