My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 8 December 2018

    Ini Baru Permulaan Kebangkitan Melayu...



    Seperti dijangka, tarikh 8 Disember 2018 menjadi tarikh keramat buat umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Seawal jam 7 pagi, para peserta perhimpunan telah membanjiri sekitar Kompleks Membeli Belah Sogo, Masjid Negara dan sekitar Dataran Merdeka.

    Dari pemerhatian penulis, pada jam 12 tengah hari sebentar tadi, kira-kira hampir 10 ribu orang telah berada di sekitar Dataran Merdeka dengan jumlah kehadiran para peserta bakal meningkat menjelang acara sebenar pada jam 2 petang ini.

    Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah tiba ke perkarangan Masjid Negara sekitar 12.30 tengah hari. Bagi Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Zahida Zarik Khan juga kelihatan di sekitar Sogo sekitar jam 12 tengah hari.

    Melihat kepada kehadiran para peserta yang membanjiri kawasan sekitar tapak sebenar perhimpunan di Dataran Merdeka dengan warna putih, ianya jelas satu isyarat jelas bahawa era kebangkitan kaum Melayu dan Bumiputera demi mempertahankan agama dan ketuanan Melayu itu sendiri.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Baru Permulaan Kebangkitan Melayu... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top