My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 December 2018

    Seks Dalam Kereta, Seorang Guru Diberkas Polis



    Seorang guru sebuah sekolah rendah diberkas kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini. Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superitendan Polis (DSP) Mordani Tanin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, suspek yang berusia 41 ditahan ketika hadir menyerah diri di Balai Polis Saratok semalam. 

    Mordani berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa berusia 13 tahun itu menceritakan kejadian malang itu kepada neneknya. Katanya, nenek mangsa yang terkejut dengan pengakuan tersebut kemudian tampil membuat laporan polis.

    "Mangsa mendakwa telah melakukan hubungan seks bersama suspek sebanyak lima kali di dalam sebuah kenderaan di jalan sawit, Ulu Roban," ujar beliau.

    Mordani berkata, suspek kini direman 16 hari sehingga 22 Disember depan bagi membantu siasatan. "Kita juga sudah membuat rakaman perbualan bersama pengadu selain turut menghantar mangsa ke Hospital Saratok sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Seks Dalam Kereta, Seorang Guru Diberkas Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top