My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 December 2018

    Penagih Dadah Mengamuk Tidak Diberi Wang Ditahan


    Tindakan seorang penagih dadah memecahkan barang di dalam rumah selepas ibunya enggan memberikan wang dalam kejadian di Taman Kucai, Lunas, Kulim dekat sini mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam. 

    Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi, 2 Disember lalu itu berlaku apabila ibu suspek tidak mahu lagi memberikan wang kepadanya kerana dia seorang penagih dadah.

    "Suspek yang tidak berpuas hati terus mengamuk dan memecahkan barang di dalam rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kata beliau, kakak suspek berusia 38 tahun kemudian membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas melihat suspek ada memasukkan pemutar skru di dalam poket seluarnya.

    "Suspek berjaya ditahan di hadapan rumah tersebut kira-kira pukul 4 petang semalam ketika polis melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut," ujarnya.

    Tambahnya, suspek yang mempunyai 11 rekod jenayah antaranya berkaitan dadah, mencabul kehormatan dan pecah rumah disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penagih Dadah Mengamuk Tidak Diberi Wang Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top