My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 7 December 2018

    Saya Ditampar, Ditendang



    Saksi pertama kes empat pertuduhan jenayah membabitkan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa dia ditampar sekali dan ditendang dua kali oleh selebriti itu. 

    Bekas eksekutif akaun syarikat swasta Ashraf Ahmad, 35, berkata, Farid telah menamparnya pada pipi kiri, menendang perut dan kemaluannya ketika berada di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini.

    Menurut Ashraf, dia terjumpa pelakon itu berjalan sendirian dengan tidak berbaju seolah-olah ingin meminta bantuan di tepi Jalan Tropicana, di sini pada 11 Januri lalu.

    “Saya membawa pelakon itu menaiki kereta saya. Saya mengetahui Farid berkelakuan pelik apabila dia cuba memu­singkan stereng kereta saya berkali-kali sehingga saya terpaksa menegurnya. Dia juga meminta baju-T yang saya pakai,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes pelakon itu di hadapan Majistret Nor Hisham Arifin.

    Dalam prosiding itu, Ashraf memberitahu, apabila tiba di balai polis trafik tersebut, Fa­rid terus menuju ke bahagian kaunter dan menunjukkan artikel ‘300 artis hutang ah long’ menerusi telefon bimbitnya kepada anggota polis trafik.

    “Pada masa sama anggota polis tersebut memberitahu sekiranya Farid ingin membuat laporan mengenai artikel tersebut, dia perlu ke Balai Polis Sunway Giza dan bukan di balai polis trafik,” katanya.

    Bagaimanapun, Farid bertindak agresif selepas polis memaklumkan bahawa aduan berhubung kes ah long tidak sesuai dilakukan di balai polis trafik. “Secara tiba- tiba dia (Farid) menjerit ke arah saya dan polis dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ Selepas itu, dia terus menampar saya pada pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing.

    “Farid turut menampar pipi kiri anggota polis trafik yang ada di situ sambil memaki hamun dengan mengatakan ‘polis bodoh’ dan ‘polis jahat’,” katanya. Tambah Ashraf, Farid juga sempat menendangnya seba­nyak dua kali pada perut dan kemaluannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saya Ditampar, Ditendang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top