My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 November 2017

    Hentikan Sifat Suka Memeras Penumpang


    Kejadian memeras penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam terutamanya teksi sememangnya bukan perkara baru dalam industri pengangkutan awam negara. Banyak aduan di dedahkan kepada media massa dan ianya seolah-olah langsung tidak memberi pengajaran buat pemandu dan penyedia perkhidmatan awam ini.

    Sikap dan perangai keji yang sama juga kini dilaporkan sudah mula menjangkiti penyedia perkhidmatan Uber dan Grab di negara ini. Melalui beberapa pendedahan yang dibuat oleh media massa, walaupun kes seumpama ini masih dianggap sebagai terpencil, namun jika tidak dibendung dari awal, kemungkinan habit seperti ini akan menjadi trend kepada pemandu yang lain.

    Walaupun kerajaan telah melaksanakan sistem e-Hailing yang boleh dianggap sebagai pengstrukturan semula sistem pengangkutan awam disamping penguatkuasaan berterusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat Malaysia (SPAD), namun sikap tamak ini masih berterusan sehingga hari ini.

    Mereka harus ingat, punca pencarian rezeki mereka adalah menerusi perkhidmatan kepada pelanggan. Semakin cemerlang sesuatu perkhidmatan, semakin banyak penghargaan dan semakin luas rezeki yang bakal terhidang kepada mereka. Begitu juga sebaliknya.

    Adakah berbaloi memungut puluhan atau ratusan Ringgit lebih hasil daripada pemerasan namun tidak lama selepas itu, perkhidmatan mereka digantung seandainya di berkas oleh pihak berkuasa? Sudah tentu tidak bukan?

    Justeru, adalah diseru kepada semua penyedia perkhidmatan teksi, Grab dan Uber yang masih atau berniat untuk mencontohi rakan-rakan mereka yang telah ditangkap akibat ketamakan mereka, berhentilah sebelum periuk nasi anda tertutup buat selama-lamanya.

    SPAD dengan kerjasama pelbagai agensi tidak pernah tidur dan alpa dengan aduan yang dikemukan oleh para pengguna yang menggunakan perkhidmatan kalian. Usah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga dan usah kerana ketamakan diri, masa depan diri dan keluarga menjadi pertaruhan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hentikan Sifat Suka Memeras Penumpang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top