My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 22 November 2017

    20 Kesalahan Baru Akan Dikuatkuasakan Bermula Tahun Hadapan


    Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak dalam mengatasi kemalangan di jalan raya di Malaysia. Usaha-usaha berkenaan termasuklah mengadakan sekatan jalan raya, penguatkuasaan udang-undang yang lebih tegas dan peringatan di pelbagai peringkat samada menerusi media massa, media cetak mahupun media-media alternatif.

    Dalam hal ini, baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan 20 lagi kesalahan lalu lintas yang baru yang akan dihubungkan dengan pengkalan data MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi perlaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berkuatkuasa tahun hadapan.

    Untuk makluman, sistem AWAS ini adalah gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang telah dilaksanakan pada 15 April lalu. Bagi pesalah-pesalah trafik ini, mereka akan dikenakan mata demerit di bawah sistem Kejara.

    Sebelum ini, hanya kesalahan memandu melebihi had yang dibenarkan dan melanggar lampi isyarat sahaja yang terdapat di dalam sistem tersebut. Di bawah 20 kesalahan baru trafik ini, penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga akan diletakkan di bawah MySikap.

    Antara kesalahan yang bakal di masukkan di dalam pengkalan data tersebut adalah memotong di garisan berkembar, memotong kenderaan secara merbahaya, menggunakan laluan kecemasan, membawa lebih muatan daripada had yang ditetapkan dan muatan terjatuh atau tumpah sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

    Mengulas tentang hal ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalaha ntara kesalahan utama yang boleh mengakibatkan kemalangan sehingga kehilangan nyawa. Hal ini dibuktikan dengan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya yang membabitkan penggunaan telefon bimbit.

    Pada masa yang sama, beliau berkata, sudah tiba masanya skop penguatkuasaan trafik dipertingkatkan sesuai dengan keadaan semasa hari ini. Katanya, sekiranya kesalahan-kesalahan seperti ini tidak dimasukkan di bawah pengkalan data MySikap, adalah dikhuatiri, kesalahan yang sama akan terus berulang dan sekaligus meningkatkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 20 Kesalahan Baru Akan Dikuatkuasakan Bermula Tahun Hadapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top