Banjir yang melanda Pulau Pinang beberapa hari lalu merupakan yang terburuk pernah dialami di negeri itu. Menyebabkan tujuh kematian dan beribu ribu orang mengalami kerugian yang besar akibat bencana banjir.
Ia juga memaksa Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terpaksa membuat panggilan pada pukul 3 pagi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi meminta bantuan susulan banjir yang semakin buruk pada Sabtu lalu.
Sebaik sahaja berita mengenai banjir ini sampai kepada pemimpin negara, bukan sahaja Zahid malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turun padang untuk melawat mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
Tidak cukup dengan itu, Najib mengumumkan Kerajaan BN Pusat sedia mempertimbang peruntukan lebih besar kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menangani masalah banjir di negeri itu. Kerajaan BN Pusat juga sudah meluluskan sebanyak RM150 juta dan sedia menambah peruntukan berdasarkan kemampuan kewangan negara.
Itu ternyata satu berita baik kepada Guan Eng dan sekali gus menunjukkan bahawa Kerajaan BN Pusat tidak meminggirkan negeri yang ditadbir oleh pembangkang, kerana apa yang penting ialah tanggungjawab kepada rakyat.
Walaupun Guan Eng menyambut baik bantuan berkenaan, namun beliau memberitahu kepada Roketkini dan media di Singapura bahawa Najib tidak mengumumkan sebarang peruntukan baru untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang malah katanya RM150 juta yang disebut itu adalah pengumuman yang diluluskan sebelum ini pada 8 November 2016.
Kalau sudah lulus 2016, bermaksud salah Guan Eng lah kerana tidak melaksanakan projek tebatan banjir tersebut. 17 September 2017, Guan Eng telah dimaklumkan tentang teguran Laporan Audit Pulau Pinang yang menyatakan sejumlah RM22.09 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan tidak disalurkan untuk mengatasi banjir.
RM22.09 juta pun tidak digunakan dengan baik, bagaimana hendak uruskan dengan baik duit bernilai RM1 billion? Kalau lulus semuanya, duit hilang entah ke mana, banjir tetap juga berlaku. Baik tukar kerajaan negeri dahulu, baru salur semua peruntukan itu kepada kerajaan yang baru yang dipilih oleh rakyat Pulau Pinang.
Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau mempertimbangkan dengan serius perbelanjaan RM1 bilion bagi projek-projek tebatan banjir yang masih belum dikeluarkan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun sebelumnya.
Biarpun tahu Guan Eng ada rekod yang tidak baik dalam mengendalikan kewangan dan wang yang sudah disalur sebelum ini, namun Datuk Seri Najib salurkan juga bantuan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.
Datuk Seri Najib tidak tunggu kerajaan yang baru dipilih baru hendak salurkan bantuan. Lagi pun Guan Eng akan dibicarakan atas kesalahan rasuah pada 14 November ini, belum tentu lagi Guan Eng boleh laksanakan peruntukan yang diberikan itu.
Mungkin Guan Eng lupa, kesediaan Najib dan Rosmah melawat Pulau Pinang adalah cukup baik berbanding kecaman dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka oleh pembangkang selama ini.
Malah Datin Seri Rosmah yang difitnah dengan cerita cerita palsu seperti isu cincin dan jet peribadi, telah berlapang dada menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada mangsa banjir dan RM60,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pulau Pinang.
Kalau diikutkan buat apa hendak beri sumbangan kepada orang yang sering memaki hamun itu. Lebih baik salur bantuan itu kepada negeri lain. Namun Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib berjiwa besar. Mereka beri juga sumbangan untuk membantu mangsa mangsa banjir. Berbeza sungguh dengan pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad.
Walaupun beliau turun melawat mangsa banjir, namun Mahathir dibidas, seolah-olah turun ke situ sekadar untuk tunjuk muka dan itu pun sesudah beberapa hari banjir berlalu. Tiada sumbangan pun yang disampaikan kepada mereka.
Begitu juga dengan pemimpin pembangkang yang lain. Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Presiden Pakatan Harapan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri diselar, kerana lebih mementingkan demonstrasi untuk suaminya di Dataran Parlimen daripada penduduk di kawasannya.
Tapi inilah sikap pemimpin pembangkang, yang bersungguh-sungguh menyerang Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tetapi akhirnya orang yang mereka sindir itulah yang sanggup berlapang dada bertemu dan menolong mereka. Moralnya di sini, pilihlah pemimpin yang ada dengan ada di saat susah dan senang, bukan sekadar menempel untuk meraihkan populariti sahaja.
Pilihnya yang sanggup bersusah payah dengan anda semua. Diharapkan banjir di Pulau Pinang ini akan membuka mata penduduknya supaya memilih yang terbaik. Jangan lagi percaya kepada janji bulan dan bintang, kerana semua itu hanya kisah dongeng semata-mata.
Jadikan ini sebagai pengajaran. Berterima kasihlah kepada tangan yang memberi. Jangan jadi seperti “melepaskan anjing yang tersepit,” sudah lepas dia menggigit kembali. Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih langsung. Kita lihat berapa hari Guan Eng dan DAP tidak akan mengigit?
Beruang Biru
Khamis
9 November 2017
0 comments:
Post a Comment