My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 21 November 2017

    Enam Cedera Pacuan 4 Roda Masuk Gaung



    Enam individu termasuk empat wanita warga emas berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam gaung sedalam 25 meter di Kilometer 37, Jalan Kimanis-Keningau berhampiran Kampung Walit di sini, kelmarin. 

    Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, semua mangsa berusia 50 hingga 75 tahun difahamkan dalam perjalanan dari Keningau menuju Papar. Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kenderaan Toyota Hilux yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjunam dalam gaung sebelah kiri.

    Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Ladamah Sulaiman berkata, hasil siasatan awal mendapati brek kenderaan itu tiba-tiba tidak berfungsi ketika kenderaan itu menuruni bukit. Katanya, sebaik menyedari keadaan itu, pemandu gagal mengawal kenderaannya yang meluncur laju sebelum terbabas ke kiri jalan.

    “Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki enam mangsa terbabit gagal dikawal dan terus terjunam masuk ke dalam gaung. Semua mangsa dirujuk ke Hospital Papar untuk rawatan. Seorang penumpang wanita berusia 60 tahun patah kaki manakala selebihnya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya, semalam.

    Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.22 petang sebelum mengerahkan enam anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian. Katanya, setibanya di lokasi kejadian, anggota penyelamat terpaksa turun ke gaung menggunakan peralatan khas tali dan pengusung.

    “Mereka kemudian dibawa naik ke jalan raya dengan menggunakan pengusung. Selepas berjaya dibawa keluar, pasukan ambulans bomba segera memberi rawatan awal sebelum semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan susulan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Enam Cedera Pacuan 4 Roda Masuk Gaung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top