My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 November 2017

    Tertiarap Lemas Dalam Longkang



    Misteri kehilangan seorang lelaki yang keluar menghadiri majlis pengkebumian rakannya Rabu lalu terjawab apabila dia pula ditemui mati pagi kelmarin, selepas motosikal dinaiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Lubok Nibong, di sini. 

    Mayat Arin Majey, 48, ditemui orang awam jam 11.30 pagi dalam keadaan tertiarap dipercayai lemas dalam longkang berkenaan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Deputi Superintendan Bingkok John berkata, siasatan mendapati mangsa keluar dari rumahnya di Rumah Philip Sebatang di sini, menunggang Honda EX, Rabu lalu.

    Menurutnya, mangsa sepatutnya menghadiri majlis pengkebumian rakannya di Rumah Gudang, di sini, namun tidak muncul semula selepas itu. Katanya, siasatan awal tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas dan terjunam ke dalam longkang berkenaan.

    “Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri menyebabkan dia lemas berikutan keadaan longkang itu yang dipenuhi takungan air. “Mangsa dihantar ke Hospital Marudi untuk bedah siasat selain mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tertiarap Lemas Dalam Longkang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top