Setelah melancarkan "perperangan" dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Pusat DAP berikutan arahan ROS yang meminta parti berkenaan melakukan pemilihan semula, akhirnya DAP akur pada arahan berkenaan dan mengadakan pemilihan semula di IDC Shah Alam semalam.
Menariknya, pemilihan semula itu dicemari dengan beberapa ahli DAP yang berang dengan keadaan semasa parti, mengadakan demonstrasi di hadapan banguna berkenaan. Lebih memburukkan keadaan, hanya 54 peratus sahaja mereka yang layak mengundi, hadir dalam sesi pemilihan berkenaan.
Disebalik keadaan tegang yang berlaku semasa pemilihan berkenaan, drama pemilihan dalaman parti masih terus berlaku walaupun dikhabarkan, dua badan pemerhati sesi pemilihan berkenaan hadir.
Manakan tidak, walaupun ada diantara pemilih menyedari bahawa Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah, pelobi Guan Eng dilihat sibuk mendakwa tuduhan yang dikenakan keatas Setiausaha Agung parti berkenaan bersifat politik dan mendakwa musuh politik Guan Eng sengaja mengada-adakan cerita kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengamalkan rasuah.
Itu belum lagi menceritakan bagaimana bekas Pengerusi DAP, mediang Karpal Singh masih mendapat 43 undi dari para perwakilan. Timbul persoalan, adakah undi yang diperoleh oleh Karpal ini melambangkan tanda protes dari kalangan ahli ataupun sememangnya para perwakilan DAP yang hadir ini adalah dari kalangan mereka yang buta huruf?
Itu belum lagi menyentuh tentang kertas undi yang di dapati kosong tanpa menulis nombor mereka yang bertanding, nama mahupun kedudukan terkini mereka yang bertanding. Sekali imbas, kertas undi mereka ini seperti kertas gores dan menang dan amat sukar untuk difahami, bagaimanakah cara mereka melakukan pengundian sebenarnya.
kertas undi |
Rumusannya, walaupun DAP akhirnya berjaya menjalankan pemilihan semula mereka, namun drama demi drama yang berlaku di Shah Alam semalam menampakkan, majoriti ahli DAP dan perwakilannya masih dibelenggu masalah buta huruf dan buta hati. Orang yang sudah mati pun dapat undi apatah lagi orang yang secara terang-terangan berhadapan dengan tuduhan rasuah.
0 comments:
Post a Comment