Seorang isteri sanggup mereka-reka cerita kononnya dia diculik seorang lelaki dan meminta sejumlah wang tebusan daripada suaminya sendiri. Semua perbuatan itu didakwa dilakukan kerana tidak tahan menjadi mangsa pukul suami sendiri.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pengadu yang juga suami mangsa berusia 55 tahun menghantar isterinya yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah menengah di sini pada pukul 6.30 pagi, Jumaat lalu.
“Bagaimanapun, ketika lelaki berkenaan pergi mengambil isterinya di tempat kerja isterinya kira-kira pukul 4.30 petang, wanita itu tidak berada di tempat berkenaan.
“Keesokan harinya, suami wanita itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa sudah menculik isterinya kira-kira pukul 8.30 pagi dan meminta wang tebusan sebanyak RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mazelan berkata, bimbang tentang keselamatan isterinya yang berusia 40 tahun itu, lelaki berkenaan telah membuat satu laporan polis pada hari kejadian.
0 comments:
Post a Comment