My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 12 November 2017

    'Usah Sedih, Teruskan Berlari Lebih Laju'



    ANGKAT muka kamu, pandanglah ke depan dan terus berlari. Mungkin itulah yang dimaksudkan legenda olahraga negara, Tan Sri Dr M Jegathesan kepada raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan selepas tidak terpilih dalam senarai baru Program Podium Jumaat lalu. 

    Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai kriteria yang harus dipenuhi untuk berada dalam program berkenaan namun yakin ada beberapa perkara tertentu yang perlu dipenuhi Khairul Hafiz jika mahu disenaraikan.

    “Mungkin ada beberapa sebab yang tidak memuaskan hati mereka tapi Khairul Hafiz masih lagi muda dan mempunyai masa depan yang cerah,” katanya ketika ditemui di Larian Manipal di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) hari ini.

    Jelasnya, apa yang perlu dilakukan pelari yang terkenal dengan gelaran The Flying Jantan itu ialah berlatih dengan lebih gigih dan mempamerkan prestasi yang memberangsangkan selepas ini. “Dia masih lagi dalam proses awal dan perlu memikirkan untuk memberikan aksi terbaik bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

    Jadi tidak perlu risau mengenai perkara ini (tidak disenaraikan dalam Program Podium) sebaliknya terus melakukan catatan masa terbaik,” kata Jegathesan.

    Ditanya sama ada Khairul Hafiz perlu membuktikan kemampuannya di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 terlebih dulu untuk membolehkan dia tersenarai di program berkenaan, Jegathesan mengakui mungkin itu salah satu daripada langkah terbaik.

    “Memenangi acara 100 meter di Sukan Asia adalah antara cita-citanya,” katanya yang meraih emas di Sukan Asia Bangkok 1966. Seorang lagi pelari negara yang berjaya meraih emas di Sukan Asia ialah Datuk Rabuan Pit yang melakukan catatan 10.68 saat di New Delhi, India.

    Khairul Hafiz mula mendapat perhatian selepas memecahkan rekod 100m milik Watson Nyambek 10.30s dengan melakukan catatan 10.18s di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.

    Tahun ini, dia sekali lagi menarik perhatian peminat sukan negara apabila memecahkan rekod berusia 49 tahun (20.92s) tahun milik Jegathesan di Terbuka Malaysia selepas melakukan catatan 20.90s di Stadim Nasional, Bukit Jalil Julai lalu.

    Sebulan kemudian dia terus berada pada prestasi terbaik apabila meraih emas acara 100m di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan 10.38s dan kali terakhir atlet negara memenangi acara berkenaan ialah di Hanoi, Vietnam melalui Nazmizan Muhammad.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Usah Sedih, Teruskan Berlari Lebih Laju' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top