My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 20 November 2017

    Anak Husam Musa Ditahan mMliki Dadah



    Anak lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 biji pil kuda seberat kira-kira 20 gram kelmarin. 

    Ahmad Syafi, 29, ditangkap di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, Kota Bharu, Kelantan selepas bergelut secara agresif dengan anggota polis.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anak Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk perintah tahanan reman selama empat hari bermula semalam.

    Siswazah universiti itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan.

    Sementara itu, ADUN Salor, Datuk Husam Musa berkata, beliau hanya mengetahui penahanan anaknya menerusi kiriman applikasi Whatsapp. Dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya, beliau berkata, beliau masih belum lagi bertemu dengan anaknya dan akan mengulas mengenai penahanan ini sebaik dapat bertemu dengan anaknya dalam masa terdekat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anak Husam Musa Ditahan mMliki Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top