Seorang pakar mendakwa, lubang misteri sedalam 3.6 meter yang ditemui pada sebatang jalan di Kampung Rampai, Sikuati, Kudat yang menjadi kegemparan penduduk tempatan baru-baru ini merupakan hasil peninggalan kerja-kerja penggerudian yang dijalankan sebelum ini.
Pakar Geologi, Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Shariff Abd. Kadir S. Omang menjelaskan, tekanan udara yang terperangkap dalam lubang yang digerudi itu berupaya mengeluarkan wap air.
“Kesan gerudi itu mungkin dilakukan pihak-pihak tertentu dalam tempoh agak lama bagi tujuan eksplorasi atau kajian lapisan bumi.
“Cahaya yang dilihat seorang penduduk itu sebenarnya wap air atau udara yang terperangkap lama sehingga menyebabkan tekanan kuat pada kadar yang sangat laju. Sebab itu, ia kelihatan seperti cahaya keluar,” katanya semalam.
0 comments:
Post a Comment